Tarikh  19 Feb 2022
Masa  Jam 8 am - 4 pm 
Tempat  PEDi Kota Kinabatangan
Peserta  2 Orang 

 

Tujuan 
Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkat tahap kemahiran peserta tentang asas microsoft excel dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, ia bertujuan untuk menggalakkan peserta berminat datang ke Pi dan dapat menerokai latihan asas yang terdapat di Pi untuk memperbaiki dan meningkatkan kemahiran mereka.
 
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti mempelari formula asas microsoft excel, membuat kolum, mengisi maklumat perniagaan dalam excel dan membuat carta statistik. Data statistik diperolehi daripada rekod kewangan yang mereka sediakan sendiri.  Secara tidak langsung, mereka dapat memperbaiki rekod kewangan pendapatan dan perbelanjaan.
 
Gambar di sini
Tarikh  15 Januari 2022
Masa  Jam 8.30 am - 4.30 pm 
Tempat  PEDi Kota Kinabatangan 
Peserta  10 Orang 

 

Tujuan 
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu usahawan mempelajari teknik-teknik fotografi dengan cara yang betul menggunakan gajet atau telefon pintar. Usahawan juga diajar cara membuat suntingan gambar produk dengan menggunakan perisian canva.
 
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan asas teknik fotografi. Usahawan diajar teknik komposisi fotografi seperti rule of third, grid, semitri, dan lain-lain lagi. Mereka juga diajar menggunakan layar putih untuk mengambil produk dengan lebih cantik dan kemas. Selain itu, peserta juga diajar menaip, memuat gambar dengan menggunakan fungsi editing, memasukkan latarbelakang gambar dan sebagainya. Peserta yang terlibat dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka melalui kelas ini. Peserta dapat menghasilkan poster untuk dimuatnaik ke dalam media sosial mereka masing-masing..
Tarikh  13 Nov 2021
Masa  Jam 8.30 am - 4.30 pm 
Tempat  PIK Pekan Kinabatangan 
Peserta  8 Orang 

 

Tujuan 
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta menerokai perisian Publisher dengan lebih mendalam. Peserta juga dapat membangunkan kemahiran publisher dengan mencipta template yang berguna dalam rutin harian khusunya peniaga. 
 
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan asas Microsoft Publisher. Peserta diajar menerokai perisian yang terdapat dalam Microsoft Publisher. Selain itu, peserta juga diajar menaip, memuat gambar dengan menggunakan Clip Art, memasukkan kotak dan sebagainya.Peserta yang terlibat dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka melalui kelas ini. Peserta dapat menghasilkan kad nama/perniagaan, brosur, katalog dan sebagainya.
 
Gambar di sini
Tarikh  11 Dis 2021
Masa  9 am - 1 pm 
Tempat  Bilik Latihan 
Peserta  10 Orang 

 

Tujuan   
Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft Power Point kepada peserta yang terlibat. Microsoft Power Point digunakan untuk membuat pembentang visual yang mangandungi contoh, gambar, diagram, bunyi dan sebagainya lebih berkesan dalam komunikasi.  
   
Aktiviti  
Dalam modul ini, peserta akan mempelajari perisian Microsoft Power Point dengan lebih mendalam. Peserta akan membangunkan kemahiran multimedia dengan mencipta pembentangan yang berguna dalam kehidupan seharian.  
   
Gambar Disini
Tarikh  12 Okt 2021
Masa  Jam 9.00 am - 1.00 pm 
Tempat  Google Meet & FBLive
Peserta  10 Orang 

 

Tujuan 
Program Aspirasi Usahawan Belia Kinabatangan diadakan bagi bertujuan mengetengahkan kisah kejayaan usahawan belia Kinabatangan sebagai aspirasi kepada belia-belia di luar sana. Program ini dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Kinabatangan dengan kerjasama PIK Kluster Kinabatangan. Program ini juga diadakan secara maya iaitu melalui platform Google Meet dan FB Live Menarik di Kinabatangan. Program ini telah disempurnakan oleh Tuan Roland Henry Lindan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sandakan & Kinabatangan.
 
Aktiviti
Sepanjang kelas online ini berlangsung, peserta diberikan taklimat Pemasaran Digital dan Teknologi oleh Pengurus PIK Pekan Kinabatangan cik Norazia Abd Aziz. Selain itu, program ini juga menampilkan Duta Digital PIK cik Nur Afiqa Farankie dengan topik platform e-Commerce di bawah program Pemerkasaan Usahawan Digital Kecil (PUPUK). Lebih menarik lagi, program ini juga menampilkan usahawan menerusi kisah kejayaan perniagaan mereka bermula tradisional sehinggalah kepada online bisnes. Usahawan yang diketengahkan daripada pelbagai bidang perniagaan seperti bakeri, kosmetik, pereka fesyen, makanan dan peralatan dapur. 
 
Gambar di sini