Tarikh  12 Disember 2022
Masa  Jam 9.00 am - 4.00 pm 
Tempat  PIK Pekan Kinabatangan 
Peserta  12 Orang 
Tujuan 
Program bersama KEMAS Kinabatangan dalam pelaksaan SKT tahunan untuk guru - guru kemas di daerah ini
 
Aktiviti
Guru - guru menggunakan komputer yang sedia ada untuk mengemas kini SKT tahunan masing - masing.
 

Gambar Di sini
Tarikh  13 November 2022
Masa  Jam 9.00 am - 1.00 pm 
Tempat  PIK Pekan Kinabatangan 
Peserta  3 Orang 
Tujuan 
Aktiviti ini adalah kerjasama bersama dengan trainer MDEC PEDAS iaitu petugas PEDi sendiri yang mana pelajar telah dilatih menggunakan bahan kerja yang telah dikeluarkan oleh MDEC
 
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah mendengar taklimat dan seterusnya membuka kedai shopee sendiri. Trainer mengajar pelajar dari cara membuka akaun kedai shopee sehingga memuat naik produk yang ingin dijual di dalam aplikasi Shopee. Selain itu asas utama dari segi meletakkan harga turut diajar di dalam sesi ini. Pelajar juga menggunakan peralatan fotografi yang telah disediakan oleh MDEC untuk mengambil gambar produk masing - masing.
 
Gambar Di Sini
Tarikh   17 -19 Oktober 2022
Masa  Jam 9.00 am - 4.00 pm 
Tempat  PIK Pekan Kinabatangan 
Peserta  20 Orang 
Tujuan 
Aktiviti ini adalah kerjasama bersama dengan MARA Daerah Kinabatangan. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk melatih usahawan memasarkan produk mereka secara digital. Selain itu usahawan juga diajar cara - cara pemasaran yang betul menggunakan teknik pemasaran berdasarkan skop pemasaran digital dari MDEC
 
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan pemasaran digital pada hari pertama, pada hari kedua usahawan didedahkan mengenai pemasaran di dalam media sosial iaitu Facebook, pada hari terakhir usahawan diajar untuk menggunakan tiktok sebagai medium pemasaran.
 

Gambar Di Sini
Tarikh   22 Oktober 2022
Masa  Jam 9.00 am - 1.00 pm 
Tempat  PIK Pekan Kinabatangan 
Peserta  3 Orang 
Tujuan 
Aktiviti ini adalah kerjasama bersama dengan MDEC PEDAS di mana satu webinar Power Up Jualan Online melalui Tiktok telah diadakan secara online oleh MDEC PEDAS.
 
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah mendengar penjelasan mengenai aplikasi tiktok. peserta diajar cara - cara untuk menggunakan tiktok dengan lebih berkesan dalam memasarkan produk masing - masing. selain itu setiap peserta yang tidak mempunyai akaun tiktok telah diajar asas penggunaan aplikasi tersebut.
 
Gambar Di Sini
Tarikh  15 Oktober 2022
Masa  Jam 9.00 am - 1.00 pm 
Tempat  PIK Pekan Kinabatangan 
Peserta  4 Orang 
Tujuan 
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu usahawan  menggunakan platform whatsapp business untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Dengan menggunakan aplikasi Whatsapp Business ini produk lebih  mudah dipasarkan kepada pelanggan - pelanggan yang berminat.
 
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan mencipta akaun Whatsapp Business baru. Selain itu, peserta juga diajar untuk memasukkan produk ke dalam galeri jualan untuk memudahkan pelanggan melihat barangan jualan mereka.
 
Gambar Di Sini