Tarikh  09 Feb 2021
Masa  Jam 10.30 Pagi
Tempat  FB Live Menarik Di Kinabatangan
Peserta  20 Orang 

 

Tujuan 
Dikala negara menghadapi Covid-19, pihak Pusat Internet mengambil inisiatif untuk meneruskan aktiviti bulanan secara maya menerusi FB Live dan sebagainya. Pusat Internet telah mengadakan FB Live berkenaan topik Peranan Pusat Internet Komuniti dan Cabaran Usahawan menghadapi Covid-19 melalui platform FB Menarik Di Kinabatangan. Ia bertujuan untuk memperkenalkan PIK kepada orang ramai dan membantu usahawan memperkenalkan perniagaan mereka.
 
 Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi temubual bersama petugas Pusat Internet Komuniti dan Usahawan Puan Herlinah. Beliau ialah peniaga restoran makan dan  minum bertempat di Kg. Paris 3. Pengurus Cik Norazia mewakili PIK sebagai panel membincangkan tentang peranan PIK kepada komuniti khususnya usahawan setempat. Program ini di moderator oleh Puan Sh. Noraidah yang merupakan Pengurus PIK Kg. Paris 3. Ikuti topik perbincangan sepenuhnya di https://www.facebook.com/312983709033753/videos/251797739735126 .
 
Gambar di sini
Tarikh  30 JANUARI 2021
Masa  Jam 10.00 Pagi
Tempat  FB Live PI Pekan Kinabatangan
Peserta  20 Orang 

 

Tujuan 
Dikala negara menghadapi Covid-19, pihak Pusat Internet mengambil inisiatf untuk meneruskan aktiviti bulanan secara maya menerusi FB Live dan sebagainya. Pusat Internet telah mengadakan FB Live berkenaan topik isu dan Cabaran Berita Palsu yang bertujuan untuk memantapkan dan memberi kefahaman kepada peserta tentang kesedaran mereka terhadap tindakan yang diambil tanpa usul periksa. Pengurus Pusat Internet memberi taklimat dan penerangan tentang mengatasi berita palsu di media sosial. 
 
 Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat semak sebelum sebar dan perkongsian peserta mengenai berita palsu dan penipuan kewangan dalam talian. Aktiviti ini menguji tahap kefahaman dan kesedaran peserta tentang risiko dalam talian yang bakal dihadapi dan bagaimana caranya mereka tangani agar tidak menjadi mangsa penipuan berita palsu. Untuk mengikuti topik perbincangan penuh boleh tonton di link https://www.facebook.com/1715740572024152/videos/412894169933294 .
 
Gambar di sini
Tarikh  01-15 Dis 2020
Masa  Jam 11.00 Pagi
Tempat  Google Forms
Peserta  20 Orang 

 

Tujuan 
Pusat Internet menganjurkan pertandingan kuiz Klik Dengan Bijak di kalangan ahli yang berdaftar. Bertujuan memberi kesedaran dan mendidik pengguna internet agar lebih berhati-hati dengan risiko dan ancaman jenayah siber. 
 
 Aktiviti
Peserta dikehendaki menjawab kuiz Klik Dengan Bijak melalui Google Forms. Terdapat 10 soalan yang perlu dijawab peserta bagi menguji tahap kefahaman dan kesedaran pengguna internet. Kuiz ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu kanak-kanak, remaja dan dewasa.
 
Gambar di sini
TARIKH  29 JAN 2021 
MASA  JAM 2 PETANG 
TEMPAT  GOOGLE MEET 
PESERTA  11 ORANG

 

Tujuan 
Ia bertujuan untuk memantapkan kaedah pengajaran ICT Pusat Internet Komuniti secara atas talian berikutan pandemik Covid-19. Di mana, petugas perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran agar pendidikan ICT kepada komuniti dan usahawan dapat diteruskan walaupun dalam suasana Norma Baharu.
 
 Aktiviti
Petugas yang terlibat diajar mencipta akaun Streamyard untuk memudahkan mereka membuat kelas secara Live di halaman facebook. Mereka diajar dan menerokai Stremyard dengan mudah.
 
Gambari di sini
Tarikh  09 Dis 2020
Masa  Jam 11.00 Pagi
Tempat  FB Live PI Pekan Kinabatangan
Peserta  20 Orang 

 

Tujuan 
Dikala negara menghadapi Covid-19, pihak Pusat Internet mengambil inisiatf untuk meneruskan aktiviti bulanan secara maya menerusi FB Live dan sebagainya. Pusat Internet telah mengadakan FB Live berkenaan topik isu dan Cabaran Penipuan Kewangan yang bertujuan untuk memantapkan dan memberi kefahaman kepada peserta tentang kesedaran mereka terhadap risiko dalam talian. Pengurus Pusat Internet memberi taklimat dan penerangan tentang pengurusan risiko dalam talian. 
 
 Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat pengurusan risiko dalam talian dan tayangan video klik dengan bijak. Aktiviti ini menguji tahap kefahaman dan kesedaran peserta tentang risiko dalam talian yang bakal hadapi dan bagaimana caranya mereka tangani agar tidak tertipu.
 
Gambar di sini