Antara kemudahan awam yang terdapat di Pekan Kinabatangan
Daerah Kinabatangan telah dilengkapi dengan kemudahan awam yang cukup antaranya ialah pembinaan Pusat Internat 1 Malaysia (PI1M) Sekolah, Hospital, Balai Polis, Bomba dan beberapa lagi buah Klinik Swasta. Selain itu kawasan kinabatangan turut dilengkapi kemudahan awam seperti pembukaan beberapa buah Bank dan Pejabat Pos, dengan adanya kemudahan asas tersebut warga Kinabatangan tidak perlu lagi ke Bandar untuk berurusan.Usaha untuk mempertingkatkan lagi kemudahan awam ini sentiasa diteruskan selaras dengan perkembangan penduduk yang semakin bertambah.
Selain daripada kemudahan awan diatas, terdapat juga Pasar Awan. Dengan adanya Pasar Awam tersebut ianya dapat membantu wargaKinabatangan untuk memasarkan hasil pertanian mereka, selain itu dengan kewujudan Pasar Awam tersebut secara tidak langsung dapat memberikan peluang perkerjaan kepada warga setempat. Majoriti peniaga yang berniaga dipasar awam tersebut adalah golongan wanita. Warga Kinabatangan tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke bandar bagi mendapatkan sayur-sayura dan bekalan bahan basah yang lain seperti ayam, daging dan ikan. Selain segar harganya juga lebih murah dan berpatutan.