Usahawan wanita masa kini suda dapat membuktikan yang mereka bukan sahaja hanya duduk di rumah tanpa
membuahkan hasil, usahawan wanita pi1m pekan kinabatangan kini suda jauh melangkah mempromosikan prodak
buatan tangan mereka sendri
ke merata tempat.
Golongan wanita merupakan lebih separuh daripada jumlah penduduk di negara ini. Sambutan Hari Wanita pada 25 Ogos setiap tahun menggambarkan peri pentingnya mereka kepada masyarakat dan negara. Namun, kaum wanita seharusnya sedar yang pelbagai cabaran besar sedang menunggu mereka pada masa kini dan akan datang.
Antara cabaran yang dihadapi oleh golongan wanita hari ini adalah dari segi kerjaya. Kalau dahulu peranan wanita dianggap sinonim dengan dapur dan anak, tetapi kini peranan mereka sudah banyak berubah. Pelbagai kerja dan profesion telah diceburi oleh wanita seperti peguam, doktor, jurutera, ahli korporat, pemimpin dan lain-lain lagi. Malah penglibatan wanita dalam pasaran kerjaya telah dianggap menutup peluang golongan lelaki. Wanita kerap dilihat sebagai golongan yang lemah, tidak mampu dan kurang yakin dalam membuat sesuatu keputusan penting. Lantaran itu, banyak peluang kenaikan pangkat dan insentif gagal diraih oleh golongan ini.
Program Anyaman Bakul Guna Plastik PVC
http://pknkinabatangan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/wanita-hari-ini#sigFreeIdbcdcff5c02
Tarikh : 3hb Okt 2015
Tempat : Mini Dewan Kg Buang Sayang
Penerangan Aktiviti
Belia dan beliawanis Kinabatangan merupakan harapan baru untuk menjana pendapatan keluarga dan negara. Justeru itu, belia dan beliawanis Kg Buang sayang diajar cara-cara menganyam bakul daripada Plastik pvc. Bakul anyaman tangan diperbuat dari plastic pvc ianya sesuai untuk meyimpan barang mainan, pakaian, dan banyak lagi. Datang dalam pelbagai bentuk dan warna serta tahan lasak. Sangat sesuai digunakan untuk pelbagai aktiviti.