Tarikh | : | 12 Okt 2021 |
Masa | : | Jam 9.00 am - 1.00 pm |
Tempat | : | Google Meet & FBLive |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Program Aspirasi Usahawan Belia Kinabatangan diadakan bagi bertujuan mengetengahkan kisah kejayaan usahawan belia Kinabatangan sebagai aspirasi kepada belia-belia di luar sana. Program ini dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Kinabatangan dengan kerjasama PIK Kluster Kinabatangan. Program ini juga diadakan secara maya iaitu melalui platform Google Meet dan FB Live Menarik di Kinabatangan. Program ini telah disempurnakan oleh Tuan Roland Henry Lindan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sandakan & Kinabatangan. |
Aktiviti |
Sepanjang kelas online ini berlangsung, peserta diberikan taklimat Pemasaran Digital dan Teknologi oleh Pengurus PIK Pekan Kinabatangan cik Norazia Abd Aziz. Selain itu, program ini juga menampilkan Duta Digital PIK cik Nur Afiqa Farankie dengan topik platform e-Commerce di bawah program Pemerkasaan Usahawan Digital Kecil (PUPUK). Lebih menarik lagi, program ini juga menampilkan usahawan menerusi kisah kejayaan perniagaan mereka bermula tradisional sehinggalah kepada online bisnes. Usahawan yang diketengahkan daripada pelbagai bidang perniagaan seperti bakeri, kosmetik, pereka fesyen, makanan dan peralatan dapur. |
Gambar di sini |