Tarikh  15 Januari 2022
Masa  Jam 8.30 am - 4.30 pm 
Tempat  PEDi Kota Kinabatangan 
Peserta  10 Orang 

 

Tujuan 
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu usahawan mempelajari teknik-teknik fotografi dengan cara yang betul menggunakan gajet atau telefon pintar. Usahawan juga diajar cara membuat suntingan gambar produk dengan menggunakan perisian canva.
 
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan asas teknik fotografi. Usahawan diajar teknik komposisi fotografi seperti rule of third, grid, semitri, dan lain-lain lagi. Mereka juga diajar menggunakan layar putih untuk mengambil produk dengan lebih cantik dan kemas. Selain itu, peserta juga diajar menaip, memuat gambar dengan menggunakan fungsi editing, memasukkan latarbelakang gambar dan sebagainya. Peserta yang terlibat dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka melalui kelas ini. Peserta dapat menghasilkan poster untuk dimuatnaik ke dalam media sosial mereka masing-masing..