Tarikh  10 Sept 2021
Masa  Jam 9.00 am - 4.00 pm 
Tempat  PIK Pekan Kinabatangan 
Peserta  10 Orang 

 

Tujuan 
Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal atau pendedahan asas kepada golongan ibu - ibu yang ingin mempelajari bidang ICT. Dengan pendedahan ini, penguasaan penggunaan komputer dan sistem asas komputer dapat dipertingkatkan.
 
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti mempelari cara untuk menukar saiz jenis dan font tulisan kepada rupa bentuk yang lebih menarik. Cara - cara untuk memasukkan gambar dan cara untuk mengedit gambar sedia ada. Selain itu peserta juga di ajar cara untuk memasukkan 'table' ke dalam worksheet sedia ada.
 
Gambar di sini
Tarikh  20 Ogos 2021
Masa  Jam 9.00 am - 5.00 pm 
Tempat  PIK Pekan Kinabatangan 
Peserta  10 Orang 

 

Tujuan 
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu usahawan  menggunakan platform e-dagang dengan lebih meluas lagi meningkatkan volume jualan dan meningkatkan kemahiran menggunakan website untuk membeli belah secara atas talian seperti shopee. Selain itu, peserta juga diajar menggunakan facebook page sebagai platform pemasaran digital produk/perkhidmatan mereka.
 
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan mencipta akaun baru Shopee. Peserta diajar cara-cara memuatnaik gambar dan maklumat produk ke dalam kedai online (Shopee). Selain itu, peserta diajar cara-cara untuk membeli-belah di kedai online. Peserta juga diajar mencipta akaun halaman facebook. Selain itu, peserta turut dibimbing cara pemilihan nama kedai menggunakan keywoods yang sesuai bagi memudahkan pelanggan mencari kedai onlne mereka.
 
Gambar di sini
Tarikh  16 Julai 2022
Masa  Jam 9.00 am - 5.00 pm 
Tempat  PEDi Kota Kinabatangan 
Peserta  30 Orang 
Tujuan 
Program ini adalah program anjuran peringkat PEDi yang dilakukan oleh kesemua PEDi di bawah Telekom Malaysia. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan dan bakal usahawan mengenai online marketplace dan pengiklanan di dalam media sosial. Selain itu, program ini sedikit sebanyak dapat merapatkan lagi hubungan antara PEDi bersama-sama dengan agensi-agensi yang terdapat di daerah ini. Terdapat dua agensi yang terlibat di dalam program sehari ini iaitu Persatuan Muslimah Daerah Kinabatangan dan Syarikat NZ Bunga Venture.
 
Aktiviti
3 Kelas keusahawan telah diadakan iaitu kelas Shopee, kelas Facebook Page dan kursus pengendalian makanan. Peserta - peserta di dedahkan mengenainya pendaftaran sebagai penjual di shopee dan cara - cara untuk membuat Facebook Page bagi setiap perniagaan masing - masing. Selain itu kursus pengendalian makanan yang dikelola oleh Syarikat NZ Bunga Venture membolehkan peserta untuk mendapatkan sijil pengendalian makanan yang diwajibkan bagi setiap pengendali makanan
 

Gambar di sini
Tarikh  13 Ogos 2022
Masa  Jam 8 am - 4 pm 
Tempat  PEDi Kota Kinabatangan
Peserta  2 Orang 

 

Tujuan 
Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkat tahap kemahiran peserta tentang asas microsoft excel dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, ia bertujuan untuk menggalakkan peserta berminat datang ke PEDi dan dapat menerokai latihan asas yang terdapat di PEDi untuk memperbaiki dan meningkatkan kemahiran mereka.
 
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti mempelari formula asas microsoft excel, membuat kolum, mengisi maklumat perniagaan dalam excel dan membuat carta statistik. Data statistik diperolehi daripada rekod kewangan yang mereka sediakan sendiri.  Secara tidak langsung, mereka dapat memperbaiki rekod kewangan pendapatan dan perbelanjaan.
 
Gambar di sini
Tarikh  19 Jun 2022
Masa  Jam 9.00 am - 1.00 pm 
Tempat  PEDi Kota Kinabatangan 
Peserta  2 Orang 
Tujuan 
Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft Power Point kepada peserta yang terlibat. Microsoft Power Point digunakan untuk membuat pembentang visual yang mangandungi contoh, gambar, diagram, bunyi dan sebagainya lebih berkesan dalam komunikasi.
 
Aktiviti
Dalam modul ini, peserta akan mempelajari perisian Microsoft Power Point dengan lebih mendalam. Peserta akan membangunkan kemahiran multimedia dengan mencipta pembentangan yang berguna dalam kehidupan seharian.
 

Gambar di sini