Pusat Sebaran Maklumat Nasional
NADI Kota Kinabatangan
Pusat Sebaran Maklumat Nasional atau dikenali dengan nama NADI merupakan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada perkhidmatan dan merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar, untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional , diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar serta menyampaikan maklumat dan bantuan kerajaan kepada komuniti setempat.
Objektif penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional adalah seperti berikut;-
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet .
- Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
Maka itu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional telah diwujudkan pada tahun 2009 yang terletak di Simpang Batu 8 Jalan Bukit Garam, Kinabatangan untuk memberi kemudahan perkhidmatan capaian internet kepada masyarakat setempat. Disamping itu, latihan ICT dijalankan bagi melahirkan masyarakat setempat yang celik ICT dan usahawan online menerusi program Kisah Kejayaan.
PERKHIDMATAN & WAKTU OPERASI
- Fotokopi/Photocopy
- Cetakan/Printing
- Imbasan/Scanning
- Laminate
- Binding
- Kelas ICT
Buka : Isnin - Ahad (Kecuali Cuti Umum)
Masa : Jam 8.00 Pagi - 5.00 Petang
PETUGAS
Alamat Portal : http://pknkinabatangan.pjk.com.my
Media sosial : https://www.facebook.com/nadikotakinabatangan
Alamat