sk

 

seperti daerah-daerah lain, kinabatangan turut tidak terlepas meyambut Hari Sukan Negara yang mana di sambut secara serentak seluruh Malaysia pada 10/10/2015. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang hari sukan tersebut berlansung antaranya adalah;

  • Larian Sihat
  • Senamrobik & Zumba
  • Sukaneka Rakyat
  • Tarik Tali
  • Pertandingan dart
  • Limbao

Selain daripada aktiviti diatas, terdapat juga pameran dan jualan dari pihak IKS yang mana turut serta memasarkan product tempatan. Acara sukan in berlansung selama sehari dan mendapat sambutan yang menggalakan khususnya dari pihak belia.

 

IMG 1020 IMG 1024 IMG 1022

antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlansung

 

 

Belia Hari Ini Cermin Masa Depan Negara

 

Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku.

Kita boleh katakan bahawa apa yang dimaksudkan oleh beliau ini sebagai generasi muda yang merujuk kepada golongan belia kerana merekalah yang bakal mewarnai corak peradaban bangsa pada masa hadapan.

Nilai kepentingan belia kepada pembangunan negara dapat juga diperhatikan melalui cogankata-cogankata yang sering dikaitkan dengan golongan mereka seperti ‘Belia Tonggak Negara',Belia Harapan Bangsa', ‘Belia Cemerlang dan Negara Gemilang', ‘Belia Hari Ini Pemimpin Hari Esok' dan sebagainya.

Sesungguhnya, tanggungjawab besar belia pada hari ini adalah untuk menjana pembangunan bangsa, negara dan agama. Pada usia muda ini jugalah dianggap sebagai tempoh waktu yang penting bagi tujuan pembentukan generasi pelapis kerana pada usia ini berlakunya pertumbuhan jasmani, pemikiran, akhlak serta bakat seseorang itu berada pada tahap yang sangat sesuai untuk menyerap sebarang pendekatan, pemikiran serta ilmu pengetahuan.

Maka tidak hairanlah, ada yang mengatakan pada peringkat ini, golongan belia berada dalam tahap paling baik untuk melakukan perancangan dan tindakan yang boleh membantu kemajuan dirinya dan juga ummah.

  

Program: Tenunan Corak Batik 

 

 

Anjuran  : Kementerian Belia & Sukan Daerah Kinabatangan

Tarikh    : 3hb-5hb Sept 2015

Tempat  : Dewan Sri Lamag Kinabatangan


Penerangan Aktiviti

Inisaitif daripada Kementerian Belia & Sukan Daerah Kinabatangan untuk melahirkan usahawan belia dan beliawanis di masa akan datang berdasarkan kepada kemahiran-kemahiran dari segi kesenian & kraftangan. Belia dan beliawanis Kinabatangan merupakan harapan baru untuk menjana pendapatan keluarga dan negara. Justeru itu, belia dan beliawanis diajar cara-cara menenun dan mencorak batik yang diketuai oleh Encik Shopian Bin Nasir sebagai fasilitator program.