Tarikh | : | 13 Sept 2021 |
Masa | : | Jam 02.00 Petang |
Tempat | : | Google Meet & FBLive |
Peserta | : | 100 Orang |
Tujuan |
PIK Pekan Kinabatangan merupakan panel jemputan Program Kemahiran Keibubapaan anjuran Jabatan KEMAS Kinabatangan melalui Google Meet dan Facebook Live. Bertujuan memberi kesedaran dan mendidik pengguna internet agar lebih berhati-hati dengan risiko dan ancaman jenayah siber. Ibubapa didedahkan kepada Perlindungan Kanak-kanak di alam siber. |
Aktiviti |
Pengurus PIK Pekan Kinabatangan memberikan taklimat lindungi kanak-kanak di alam siber dengan memberi pendedahan kepada ibubapa tentang peranan mereka kawalan selia kendiri terhadap kanak-kanak ketika melayari internet. Selain itu, ibubapa juga diberikan tips sebagai panduan mereka mencegah anak-anak mereka terdedah kepada risiko jenayah siber. |
Gambar di sini |
Tarikh | : | 11 Sept 2021 |
Masa | : | Jam 8.30 am - 4.30 pm |
Tempat | : | PIK Pekan Kinabatangan |
Peserta | : | 20 Orang |
Tujuan |
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta mempelajari teknik-teknik fotografi dengan cara yang betul menggunakan gajet atau telefon pintar. Peserta juga diajar cara membuat suntingan gambar produk dengan menggunakan perisian canva. |
Aktiviti |
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan asas teknik fotografi. Peserta diajar teknik komposisi fotografi seperti rule of third, grid, semitri, dan lain-lain lagi. Peserta juga diajar menggunakan layar putih untuk mengambil produk dengan lebih cantik dan kemas. Selain itu, peserta juga diajar menaip, memuat gambar dengan menggunakan fungsi editing, memasukkan latarbelakang gambar dan sebagainya. Peserta yang terlibat dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka melalui kelas ini. Peserta dapat menghasilkan poster untuk dimuatnaik ke dalam media sosial mereka masing-masing.. |
Gambar di sini |
Tarikh | : | 14 Ogos 2021 |
Masa | : | Jam 9.00 am - 12.30 pm |
Tempat | : | Google Meet |
Peserta | : | 2 Orang |
Tujuan |
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu usahawan menggunakan platform e-dagangl dengan lebih meluas lagi untuk meningkatkan volume jualan dan meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi digital untuk mempromosikan produk jualan mereka. |
Aktiviti |
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan mendaftar akaun aplikasi wasep.me. Peserta diajar cara-cara memuatnaik gambar dan maklumat produk ke dalam kedai online (wasep.me). Selain itu, peserta diajar demo cara-cara untuk membeli-belah di kedai online dan menerima pesanan pelanggan. |
Gambar di sini |
Tarikh | : | 09 Sept 2021 |
Masa | : | Jam 9.00 am - 12.30 pm |
Tempat | : | Google Meet |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Kelas online ini bertujuan untuk membantu usahawan menggunakan Google My Business (GMB) untuk meletakkan perniagan mereka di medium google search. GMB dapat membantu usahawan meningkatkan volume jualan produk mereka kerana prospek atau pelanggan dapat mencari premis mereka dengan mudah melalui google search. |
Aktiviti |
Sepanjang kelas online ini berlangsung, peserta diberi bimbingan mencipta GMB untuk perniagaan mereka. Antaranya ialah mencipta akaun, memetakan premis, menetapkan tetapan masa operasi perniagaan, alamat dan perhubungan pernigaan. |
Gambar di sini |
Tarikh | : | 03 Julai 2021 |
Masa | : | Jam 9.00 am - 12.30 pm |
Tempat | : | PIK Pekan Kinabatangan |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu usahawan menggunakan platform media sosial dengan lebih meluas lagi untuk meningkatkan volume jualan dan meningkatkan kemahiran menggunakan Facebook Shop untuk mempromosikan produk jualan mereka |
Aktiviti |
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan mencipta halaman facebook perniagaan. Peserta diajar cara-cara memuatnaik gambar dan maklumat produk ke dalam kedai online (Facebook). Selain itu, peserta diajar cara-cara untuk membeli-belah di kedai online. |
Gambar di sini |