Tarikh  11 Mac 2023
Masa  Jam 8.00 am - 1.00 pm 
Tempat  PIK Pekan Kinabatangan 
Peserta  7 Orang 
Tujuan 
Dengan kerjasama NZ Bunga Enterprise satu kursus pengendalian makanan secara online telah dilakukan di PEDi Pekan Kinabatangan. Tujuan kursus ini adalah untuk memastikan pengendali makanan mendapat latihan yang mencukupi.
 
Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti ceramah secara online. peserta juga diwajibkan menjawab soalan secara online oleh penganjur kursus.

 

 

Gambar Di sini

Tarikh  11 Mac 2023
Masa  Jam 8.00 am - 1.00 pm 
Tempat  PIK Pekan Kinabatangan 
Peserta  30 Orang 
Tujuan 
Dengan kerjasama KRT Kg Berjaya 2 satu program Rahmah Jom Sihat telah diadakan di PEDi Pekan Kinabatangan. Sepanjang program ini berlangsung pelbagai aktiviti berkaitan kesihatan di jalankan. Selain itu satu sesi advokasi turut dilaksanakan sepanjang program ini.
 
Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti ceramah B40 dari pihak kesihatan, ceramah pergigian, klinik dental bergerak, sesi senam erobik, pemeriksaan kesihatan dan lain - lain lagi

 


Gambar Di sini

Tarikh   15 Februari 2023
Masa  Jam 9.00 am - 1.00 pm 
Tempat  PIK Pekan Kinabatangan 
Peserta  17 Orang 
Tujuan 
Rakan Digital Kluster Kinabatangan berserta dengan PEDi telah berkerjasama dengan Giat Mara Daerah di mana seramai 17 orang pelatih giat mara telah mengikuti program keusahawan yang telah diadakan di PEDi Kota Kinabatangan. Pelatih giat mara didedahkan dengan persediaan awal sebagai seorang usahawan.
 
Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti ceramah perlesenan daripada wakil Rakan Digital. Selain itu petugas PEDi juga mengajar modul shopee kepada pelatih - pelatih tersebut. Pelatih juga di ajar secara live untuk membuat akaun shopee seller.

 

Gambar Di sini

Tarikh   08 Mac 2023
Masa  Jam 9.00 am - 1.00 pm 
Tempat  PIK Pekan Kinabatangan 
Peserta  3 Orang 
Tujuan 
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar asas utama di dalam microsoft office iaitu menggunakan program MS Word. Pelajar yang terdiri daripada pelajar sama yang telah mengikuti kelas pada bulan lepas. Pelajar di ajar dengan lebih mendalam untuk menggunakan MS Word dengan lebih baik.
 
Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti mengajar pelajar cara untuk membuat esei dengan mengubah bentuk dan saiz tulisan. Selain itu pelajar juga di ajar lebih mendalam cara untuk mengedit gambar dengan membuang latar belakang gambar.

 


Gambar Di sini

Tarikh   14 Februari 2023
Masa  Jam 9.00 am - 1.00 pm 
Tempat  PIK Pekan Kinabatangan 
Peserta  20 Orang 
Tujuan 
Rakan Digital Kluster Kinabatangan berserta dengan PEDi telah berkerjasama dengan wakil agensi kerajaan iaitu Jabatan Perlesenan Pejabat Daerah Kinabatangan dan FAMA Kinabatangan dalam melaksanakan program bersama usahawan tempatan. Program ini dilakukan untuk memberikan pendedahan kepada usahawan mengenai keperluan semasa di dalam perlesenan perniagaan dan juga fungsi dan struktur jabatan kerajaan yang boleh memberikan bantuan kepada usahawan.
 
Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti ceramah perlesenan daripada wakil jabatan lesen Pejabat Daerah Kinabatangan. Peserta di ajar cara - cara untuk mendapatkan lesen secara online. Selain itu pegawai FAMA turut memberikan pendedahan mengenai fungsi jabatan tersebut kepada usahawan di dalam daerah ini. Rakan Digital juga memberikan pengenalan serba sedikit mengenai penglibatan mereka di dalam PEDi

 

 

Gambar Di sini