LATIHAN MYSOAL DASHBOARD KOMUNITI BERSAMA KETUA-KETUA KAMPUNG DAERAH KINABATANGAN

TARIKH         : 11 NOVEMBER 2016

VENUE          : PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA PEKAN KINABATANGAN

MASA             : 9.00 AM – 4.00 PM

Latihan MySoal Dashboard Komuniti telah dilaksanakan pada 11 November 2016. Tujuan latihan ini dijalankan untuk mendidik dan melatih ketua-ketua kampung menggunakan satu aplikasi terbaru Dashboard Komuniti yang terdapat di Pusat Internet 1 Malaysia di bawah kendalian Telekom Malaysia dan MSD Intelligence Berhad.

MySoal Dashboard Komuniti dibangunkan untuk kegunaan ahli PI1M khususnya sebagai platform komuniti setempat membuat aduan atau pertanyaan kepada Penguatkuasa Badan Tempatan (PBT). Disamping itu, aplikasi MySoal ini juga membantu PBT menghebahkan atau menyampaikan informasi jabatan/NGO terus kepada komuniti setempat.

Antara faedah penggunaan MySoal Dashboard Komuniti;-

q  Menyediakan ruangan untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Daerah, Ketua Kampung, dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di komuniti tersebut menyebarkan maklumat kepada penduduk setempat.

q  Menyediakan ruangan untuk komuniti setempat membuat aduan atau pertanyaan kepada PBT.

q  PBT hanya boleh membuat hebahan kepada komuniti di bawah pentadbiran mereka sahaja.

q  PBT yang mempunyai lebih daripada satu Pi1M di bawah pentadbiran mereka (seperti Majlis Daerah dan Pejabat Daerah) akan dapat membuat hebahan secara serentak kepada semua komuniti tersebut.

q  Segala pertanyaan dan aduan pengguna kepada PBT serta jawapan yang diberikan oleh PBT adalah sulit dan tidak didedahkan kepada umum.

q  Pengguna boleh memilih mana-mana PBT yang mentadbir kawasan mereka untuk menghantar segala aduan atau pertanyaan.

Seramai 10 peserta yang terdiri daripada ketua-ketua kampung dan Ketua Anak Negeri di bawah Mahkamah Anak Negeri Daerah Kinabatangan. Berikut adalah peserta yang terlibat;-

  1. Abd Aziz Bin Angau – Ketua Anak Negeri
  2. Amed Jaid Bin Masali – Ketua Kampung Sinar Jaya
  3. Awang Saini Bin Gapar – Ketua Kampung Muhibbah Tengah
  4. Kadir Bin Okok – Ketua Kampung Kasih Sayang
  5. Amir Ali bin Damit – Ketua Kampung Berjaya 1
  6. Okar Bin Bunah – Ketua Kampung Perpaduan
  7. Nordin Bin Juri – Ketua Kampung Buang Sayang
  8. Ag Kechil Bin Rindau – Ketua Kampung
  9. Moktar Bin Asmat – Ketua Kampung
  10. Asnaji Bin Sangi – Ketua Kampung Nusa Jaya