Lokasi Pelancongan di Daerah Kinabatangan.
Sesuai dengan kekuatan daerah Kinabatangan sebagai kawasan yang kaya dengan kepelbagaian unsur biologi flora dan fauna, maka bidang pelancongan berasaskan alam semulajadi akan menjadi teras utama bagi pembangunan pelancongan di daerah ini. Kinabatangan merupakan pusat tumpuan aktiviti pelancongan. Pusat pelancongan yang beroperasi di daerah ini terletak di Kg. Bilit, Kg. Abai, Kg. Sukau, Kg. Batu Putih, Kg. Bukit Garam dan Pekan Kota Kinabatangan. Antara aktiviti yang dianjurkan oleh pusat-pusat pelancongan tersebut adalah seperti aktiviti Homestay, Kebudayaan, Kem Hutan, mendaki Bukit, aktiviti danau dan sungai serta muzium Agop Batu Tulug. Kebanyakkan pelancong asing yang datang tidak melepaskan peluang untuk memerhati hidupan liar (gajah, buaya, monyet) dengan menyusuri sungai Kinabatangan.
Homestay
Muzium Agup batu Tulug
Antara haiwan yang terdapat disepanjang sungai kinabatangan
Aktiviti menyusuri sungai kinabatangan
Sumber: http://kinabatangansabah.blogspot.com/