NAMA  JAMALIA BT USMAN 
UMUR  42 TAHUN
AHLI  2019

Latar belakang

Puan Jamalia mula berkecimpung perniagaan e-dagang sejak berlakunya pandemik Covid-19 yang melanda negara sehingga kini. Sebelum ini, beliau menjual menggunakan kaedah media sosial seperti facebook page dan aplikasi Whatsapp.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan beliau di PEDi, pendapatan kasar bulanan sekitar RM500 - 700. Platform yang digunakan hanya media sosial seperti facebook dan aplikasi whatsapp.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini, setelah mengikuti beberapa kelas ICT yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital secara bersemuka dan atas talian (google meet), pendapatan bulanan beliau mencecah RM5000. Beliau menggunakan platform facebook dan whatsapp untuk berkomunikasi dengan B2B beliau di seluruh negeri sabah.

 

Gambar Di sini

NAMA  NABILA SYUHADA BT ABDULLAH
UMUR  20 TAHUN
AHLI  2023 

 

 

Latar belakang

Adik Nabila merupakan lepasan sekolah STPM yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan beliau di PEDi Kota Kinabatangan, dia kurang mahir dalam menggunakan aplikasi microsoft office seperti word, excel dan powerpoint.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini, setelah mengikuti beberapa kelas ICT di PEDi Kinabatangan adik Nabila dapat menguasai aplikasi ini dengan baik bagi membantunya melakukan tugasan - tugasan harian di sekolah.

 

Gambar Di sini

NAMA  AZHARUL FAIZRUDIN
UMUR  17 TAHUN
AHLI  2021

 

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar sekolah menengah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi, adik Azharul kurang berkemahiran menggunakan komputer dengan sebaiknya. Apatah lagi beliau kini memerlukan kemahiran asas komputer untuk menyiapkan tugasan kerja sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti beberapa kelas yang dianjurkan oleh PEDi Kota Kinabatangan, adik Azharul kini sudah mahir menggunakan komputer dengan baik. Beliau boleh melaksanakan tugasannya seperti menaip menggunakan Microsoft word. MS Excel turut diajar untuk memberikan pengetahuan asas menggunakan excel dalam tugasan sekolah.

  

 

NAMA  MORNI BT SINYOR 
UMUR  42TAHUN
AHLI  2021 

 

Latar belakang

Puan Morni mula berkecimpung perniagaan secara fizikal dari rumah sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan beliau di PEDi Kota Kinabatangan, pendapatan kasar bulanan sekitar RM300 – RM500. Platform yang digunakan hanya media sosial seperti aplikasi Whatsapp.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini, setelah mengikuti beberapa kelas keusahawanan iaitu marketplace Shopee yang dijalankan di PEDi Kota Kinabatangan secara bersemuka, pendapatan bulanan beliau mencecah RM2000. Beliau menggunakan platform media sosial seperti facebook & whatsapp untuk iklan dan promosi produk kepada pelanggan sedia ada dan baru. Ia banyak membantu beliau mengetengahkan lagi produk jualannya.

Gambar di sini

 

 

NAMA  HAMIDAH ARPAH
UMUR  53 TAHUN
AHLI  2020

 

Latar belakang

Merupakan seorang kerani penjawat awam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi, puan Hamidah kurang berkemahiran menggunakan komputer dengan sebaiknya. Apatah lagi beliau kini bekerja sebagai kerani pejabat yang memerlukan kemahiran komputer. Kemahiran komputer sangat diperlukan dalam pekerjaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti beberapa kelas yang dianjurkan oleh PEDi Kota Kinabatangan, puan Hamidah kini sudah mahir menggunakan komputer dengan baik. Beliau boleh melaksanakan tugasannya seperti menaip menggunakan Microsoft word. MS Excel turut diajar untuk memberikan pengetahuan asas menggunakan excel dalam pekerjaan.