Kinabatangan turut terkenal dengan makanan, antara makanan yang boleh diperolehi di daearah kinabatangan adalah seperti berikut;
coto makassar bakso sambal durian merah
durian merah penyaram barongkoh
Buah Bambangan atau nama saintifiknya "Mangifera pajang" memang tidak asing lagi di Borneo. Namun, jika anda ke Sarawak, buah ini digelar dengan banyak nama lain. Antaranya ialah Buah Mawang, Buah Embang dan Buah Embawang. Buah ini juga dikenali sebagai mangga liar (wild mango). Ia dikategorikan sebagai satu keluarga dengan buah mangga dan kuini. Cuma buah ini merupakan species mangga liar yang terbesar. Berat sebiji buah dikatakan boleh mencapai 3-4 kilo sebiji. Kulit buah bambangan sedikit tebal jika dibandingkan dengan lain-lain jenis "Mangifera" (mangga). Di Sabah, adalah menjadi kebiasaan Buah Bambangan yang muda dijerukkan dan dimakan bersama nasi dan sambal belacan
Buah Tarap atau nama saintifiknya Artocarpus odoratissimus adalah sangat unikdi negeri sabah. Luaran buan tarap seperti sukun, daunnya juga hampir sama. Isinya sangat lembut, manis dan mempunyai bau yang kuat.