Tarikh  16 Julai 2022
Masa  Jam 9.00 am - 5.00 pm 
Tempat  PEDi Kota Kinabatangan 
Peserta  30 Orang 
Tujuan 
Program ini adalah program anjuran peringkat PEDi yang dilakukan oleh kesemua PEDi di bawah Telekom Malaysia. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan dan bakal usahawan mengenai online marketplace dan pengiklanan di dalam media sosial. Selain itu, program ini sedikit sebanyak dapat merapatkan lagi hubungan antara PEDi bersama-sama dengan agensi-agensi yang terdapat di daerah ini. Terdapat dua agensi yang terlibat di dalam program sehari ini iaitu Persatuan Muslimah Daerah Kinabatangan dan Syarikat NZ Bunga Venture.
 
Aktiviti
3 Kelas keusahawan telah diadakan iaitu kelas Shopee, kelas Facebook Page dan kursus pengendalian makanan. Peserta - peserta di dedahkan mengenainya pendaftaran sebagai penjual di shopee dan cara - cara untuk membuat Facebook Page bagi setiap perniagaan masing - masing. Selain itu kursus pengendalian makanan yang dikelola oleh Syarikat NZ Bunga Venture membolehkan peserta untuk mendapatkan sijil pengendalian makanan yang diwajibkan bagi setiap pengendali makanan
 

Gambar di sini