Tarikh | : | 15 Julai 2023 |
Masa | : | Jam 9.00 am - 4.00 pm |
Tempat | : | PEDi Kota Kinabatangan |
Peserta | : | 30 Orang |
Tujuan |
Tujuan program ini diadakan adalah untuk menarik minat wanita di dalam bidang keusahawanan. Selain itu usahawan yang sedia ada juga didedahkan lagi dengan cara pemasaran digital yang popular di masa kini. |
Aktiviti |
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan menggunakan media sosial sedia ada untuk dijadikan landasan tempat tempat pemasaran utama usahawan dan wanita. Di antara platform yang diajar adalah seperti Canva, Telegram, Whatsapp Business, Facebook Marketplace, Instagram dan TikTok Business. |
|
Tarikh | : | 4 Julai 2023 |
Masa | : | Jam 9.00 am - 1.00 pm |
Tempat | : | PEDi Kota Kinabatangan |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar asas utama di dalam microsoft office iaitu menggunakan program MS Power Point. Pelajar yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan menengah mempelajari asas untuk kegunaan mereka di sekolah |
Aktiviti |
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan menggunakan MS Power Point di mana pelajar akan di ajar cara - cara untuk membuat slide presentation dengan memasukkan gambar dan animasi . Selain itu pelajar juga diberi latihan cara untuk memasukkan teks ke dalam gambar yang sedia ada. |
Tarikh | : | 10 Jun 2023 |
Masa | : | Jam 9.00 am - 1.00 pm |
Tempat | : | PEDi Kota Kinabatangan |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu usahawan menggunakan platform e-dagang dengan lebih meluas lagi meningkatkan volume jualan dan meningkatkan kemahiran menggunakan website untuk membeli belah secara atas talian seperti shopee. Selain itu, peserta juga diajar menggunakan facebook page sebagai platform pemasaran digital produk/perkhidmatan mereka. |
Aktiviti |
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan mencipta akaun baru Shopee. Peserta diajar cara-cara memuatnaik gambar dan maklumat produk ke dalam kedai online (Shopee). Selain itu, peserta diajar cara-cara untuk membeli-belah di kedai online. Peserta juga diajar mencipta akaun halaman facebook. Selain itu, peserta turut dibimbing cara pemilihan nama kedai menggunakan keywoods yang sesuai bagi memudahkan pelanggan mencari kedai onlne mereka. |
Gambar di sini |
Tarikh | : | 14 Jun 2023 |
Masa | : | Jam 9.00 am - 1.00 pm |
Tempat | : | PEDi Kota Kinabatangan |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Kelas ini bertujuan untuk mengajar pelajar tanpa mengira umur untuk mendalami perisian Microsoft Office. Perisian ini dapat membantu sedikit sebanyak samada kepada pelajar ataupun usahawan |
Aktiviti |
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti cara untuk memasukkan graf ke dalam dokumen. Selain itu pelajar juga di ajar formula matematik yang terdapat di dalam perisian excel |
Tarikh | : | 15 Jun 2023 |
Masa | : | Jam 9.00 am - 1.00 pm |
Tempat | : | PEDi Kota Kinabatangan |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar asas utama di dalam microsoft office iaitu menggunakan program MS Word. Pelajar yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan menengah mempelajari asas untuk kegunaan mereka di sekolah |
Aktiviti |
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan menggunakan MS Word di mana pelajar akan di ajar cara - cara untuk memasukkan dan mengedit gambar ke dalam fail yang tersedia. Selain itu pelajar juga diberi latihan cara untuk memasukkan teks ke dalam gambar yang sedia ada. |