Tarikh | : | 23 Mei 2023 |
Masa | : | Jam 9.00 am - 1.00 pm |
Tempat | : | PEDi Pekan Kinabatangan |
Peserta | : | 2 Orang |
Tujuan |
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu usahawan menggunakan platform e-dagang dengan lebih meluas lagi meningkatkan volume jualan dan meningkatkan kemahiran menggunakan website untuk membeli belah secara atas talian seperti shopee. Selain itu, peserta juga diajar menggunakan facebook page sebagai platform pemasaran digital produk/perkhidmatan mereka. |
Aktiviti |
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan mencipta akaun baru Shopee. Peserta diajar cara-cara memuatnaik gambar dan maklumat produk ke dalam kedai online (Shopee). Selain itu, peserta diajar cara-cara untuk membeli-belah di kedai online. Peserta juga diajar mencipta akaun halaman facebook. Selain itu, peserta turut dibimbing cara pemilihan nama kedai menggunakan keywoods yang sesuai bagi memudahkan pelanggan mencari kedai onlne mereka. |
Gambar di sini |
Tarikh | : | 13 Mei 2023 |
Masa | : | Jam 8 am - 1 pm |
Tempat | : | PEDi Kota Kinabatangan |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan | |
Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft Power Point kepada peserta yang terlibat. Microsoft Power Point digunakan untuk membuat pembentang visual yang mangandungi contoh, gambar, diagram, bunyi dan sebagainya lebih berkesan dalam komunikasi. | |
Aktiviti | |
Dalam modul ini, peserta akan mempelajari perisian Microsoft Power Point dengan lebih mendalam. Peserta akan membangunkan kemahiran multimedia dengan mencipta pembentangan yang berguna dalam kehidupan seharian. | |
Gambar Disini |
Tarikh | : | 15 April 2023 |
Masa | : | Jam 9.00 am - 1.00 pm |
Tempat | : | PIK Pekan Kinabatangan |
Peserta | : | 7 Orang |
Tujuan |
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar asas utama di dalam microsoft office iaitu menggunakan program MS Word. Pelajar yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan menengah mempelajari asas untuk kegunaan mereka di sekolah |
Aktiviti |
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan menggunakan MS Word di mana pelajar akan di ajar cara - cara untuk memasukkan dan mengedit gambar ke dalam fail yang tersedia. Selain itu pelajar juga diberi latihan cara untuk memasukkan teks ke dalam gambar yang sedia ada. |
Tarikh | : | 03 Mei 2023 |
Masa | : | Jam 8.00 am - 1.00 pm |
Tempat | : | PEDi Kota Kinabatangan |
Peserta | : | 15 Orang |
Tujuan |
Kursus Agrobazaar Online V3 diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada usahawan berniaga secara atas talian menggunakan platform e-dagang agrobazaar.com. Kursus dianjurkan oleh FAMA Kinabatangan dengan kerjasama Agro Bank Cawangan Kinabatangan. |
Aktiviti |
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti ceramah aplikasi paynet daripada pihak Agrobank, latihan cipta logo dan membuka akaun agrobazaar.com. Peserta diajar cara-cara memasukkan gambar produk ke dalam platform e-dagang tersebut. |
Tarikh | : | 17 Mac 2023 |
Masa | : | Jam 9.00 am - 1.00 pm |
Tempat | : | PIK Pekan Kinabatangan |
Peserta | : | 3 Orang |
Tujuan |
Kelas ini bertujuan untuk mengajar pelajar tanpa mengira umur untuk mendalami perisian Microsoft Office. Perisian ini dapat membantu sedikit sebanyak samada kepada pelajar ataupun usahawan |
Aktiviti |
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti cara untuk memasukkan graf ke dalam dokumen. Selain itu pelajar juga di ajar formula matematik yang terdapat di dalam perisian excel |