Tarikh  11 Julai 2019 
Masa  8 pagi - 11 pagi 
Tempat  Pi Pekan Kinabatangan 
Peserta  6 Orang 

 

Tujuan 
Kelas Multimedia tujuan diadakan adalah untuk membantu peserta yang terlibat menyediakan dan menyiapkan tugasan sekolah mereka. Dimana, mereka diminta untuk membuat satu video tentang temuduga di pejabat dalam Bahasa English. Pusat Internet berperanan sebagai pengajar untuk mereka mengambil rakaman video daripada pelbagai sudut yang menarik.
 
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti peserta diminta menyiapkan satu draf rakaman. Peserta juga diajarkan mengambil rakaman daripada sudut-sudut yang menarik dan sesuai.
 
Gambar di sini
 
Tarikh  22 Jun 2019 
Masa  Jam 9 am - 2 pm 
Tempat  Pi Pekan Kinabatangan 
Peserta  50 Orang 

 

Tujuan 
Program ini kali ke-3 tahun diadakan dengan kerjasama Pusat Internet Pekan Kinabatangan dan Usahawan IKS Kinabatangan. Ia bertujuan bagi meraihkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim petugas Pi Pekan Kinabatangan dengan para usahawan sempena Hari Raya Aidilfitri 1440H. Disamping itu, Pi dapat mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan.
 
Aktiviti
Antara aktiviti yang diadakan seperti sesi suai kenal dengan usahawan yang baharu berjinak dengan Pusat Internet. 
 
Gambar di sini
Tarikh  8 Mei 2019 
Masa  Jam 9 am - 1 pm 
Tempat  Pi Pekan Kinabatangan 
Peserta  4 Orang 

 

Tujuan 
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta menerokai perisian pemprosesan kata dengan lebih mendalam. Peserta juga dapat membangunkan kemahiran pemprosesan kata dengan mencipta dokumen yang berguna dalam rutin harian. 
 
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan asas Microsoft Office Word. Peserta diajar menerokai perisian yang terdapat dalam Microsoft Office Word. Selain itu, peserta juga diajar menaip, memuat gambar dengan menggunakan Clip Art, memasukkan kotak dan sebagainya.Peserta yang terlibat dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka melalui kelas ini. 
 
Gambar di sini
Tarikh  10 Jun 2019 
Masa  Jam 10 am - 5 pm 
Tempat  Pi Pekan Kinabatangan 
Peserta  100 Orang 

 

Tujuan 
Program ini diadakan buat julung kalinya dengan kerjasama KWSP Sandakan. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi ruang dan peluang komuniti sekitar Pusat Internet Pekan Kinabatangan menikmati perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Mobile Team KWSP. Ia memudahkan komuniti luar bandar menerima perkhidmatan yang sama dengan penduduk bandar. Disamping itu, Pusat Internet mempromosikan fungsi dan perkhidmatan Pusat Internet yang sedia ada disediakan. Selain itu, komuniti yang hadir turut didedahkan kepada kebaikan dan keburukan menggunakan teknologi melalui pendekatan advokasi. 
 
Aktiviti
Aktiviti utama adalah memberi penerangan dan pendedahan tentang teknologi dan anda. Disamping itu, pihak KWSP membuka kaunter untuk menjalankan perkhidmatan mereka seperti i-akaun, i-suri, i-saraan dan pengeluaran berumur 50, 55 & 60 tahun. 
 
Gambar di sini
Tarikh  5 Mei 2019 
Masa  Jam 8 am - 1 pm 
Tempat  Pi Pekan Kinabatangan 
Peserta  20 Orang 

 

Tujuan 
Program dilaksanakan ibu-ibu yang bertujuan untuk memberi penerangan tentang teknologi maklumat. Disamping itu, memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta tentang keselamatan internet.
 
 Aktiviti
Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti taklimat advokasi dan kuiz untuk menguji tahap pemahaman peserta yang terlibat. Peserta didedahkan kepada teknologi maklumat yang terdapat dalam Pusat Internet.
 
Gambar disini