Antara program yang dilaksanakan adalah seperti pameran jualan usahawan. Selain itu, taklimat advokasi pengurusan risiko dalam talian. Di mana, taklimat advokasi ini memberi pendedahan kepada peserta untuk lebih peka dan berhati-hati ketika melayari internet. Aktiviti seterusnya ialah muat turun aplikasi Dashboard Komuniti, memperkenalkan modul my shop kepada usahawan dan sesi soal jawab. Program ini dihadiri oleh Yg. Bhg. Datuk Haji Noortaip Suhaili, Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah. |