Tarikh  23 Jan 2019 
Masa  Jam 8 am - 1 pm 
Tempat   Bilik Latihan
Peserta  3 Orang 

 

Tujuan 
Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkat tahap kemahiran dan pengetahuan usahawan tentang asas microsoft excel dalam perniagaan mereka. Selain itu, ia bertujuan untuk menggalakkan usahawan berminat datang ke Pi dan dapat menerokai latihan asas yang terdapat di Pi untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. 
 
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti mempelari formula asas microsoft excel, membuat kolum, mengisi maklumat perniagaan dalam excel dan membuat carta statistik. Data statistik diperolehi daripada rekod kewangan usahawan itu sendiri.  Secara tidak langsung, mereka dapat memperbaiki rekod kewangan perniagaan mereka.
 
Gambar di sini
Tarikh  9 Jan 2019 
Masa  8.30 am - 1.00 pm 
Tempat  Pi Pekan Kinabatangan 
Peserta  2 Orang 

 

Tujuan 
Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkat tahap kemahiran dan pengetahuan peserta tentang asas komputer dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia bertujuan untuk menggalakkan peserta berminat datang ke Pusat Internet dengan pengisian aktiviti yang lebih bermanfaat kepada mereka. 
 
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pengenalan asas komputer dan sistem operasi. Peserta diajar menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan internet dan emel.Peserta diajar bagaimana hendak memuat turun gambar daripada internet dan mencipta akaun emel untuk kegunaan mereka kelak.
 
Gambar di sini
 
Tarikh  6 Dis 2018 
Masa  9 am - 1 pm 
Tempat  Bilik Latihan 
Peserta  3 Orang 

 

Tujuan  
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta menerokai perisian pemprosesan kata dengan lebih mendalam. Peserta juga dapat membangunkan kemahiran pemprosesan kata dengan mencipta dokumen yang berguna dalam rutin harian.
 
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan asas Microsoft Office Word. Peserta diajar menerokai perisian yang terdapat dalam Microsoft Office Word. Selain itu, peserta juga diajar menaip, memuat gambar dengan menggunakan Clip Art, memasukkan kotak dan sebagainya.Peserta yang terlibat dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka melalui kelas ini. 
 
Gambar Disini
Tarikh  16 Dis 2018 
Masa  7 am - 2 pm 
Tempat  Pi Pekan Kinabatangan 
Peserta  60 Orang 

 

Tujuan 
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet sebagai rujukan komuniti sihat dan mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran diri.  
 
Aktiviti
Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan seperti aktiviti senamrobik, pemeriksaan dan saringan kesihatan tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan berat badan untuk pengunjung dewasa. Selain itu, ceramah kesihatan yang disampaikan oleh En. Mohd Fitry Assobah Bin Mohd Nurdin, Jurulatih Fisioterapi. Aktiviti untuk kanak-kanak seperti pertandingan puzzle online dan tayang video klik dengan bijak.
 
Gambar Disini
Tarikh  10 Nov 2018 
Masa  8.30 am - 10.30 am 
Tempat  Bilik Latihan 
Peserta  3 Orang 

 

Tujuan 
Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkat tahap kemahiran dan pengetahuan peserta tentang asas komputer dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia bertujuan untuk menggalakkan peserta berminat datang ke Pusat Internet dengan pengisian aktiviti yang lebih bermanfaat kepada mereka. Peserta juga diajar cara-cara mencipta akaun perbankan internet.
 
Aktiviti 
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pengenalan asas komputer dan sistem operasi. Peserta diajar menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan internet dan emel.Peserta diajar bagaimana hendak memuat turun gambar daripada internet dan mencipta akaun emel untuk kegunaan mereka kelak. Selain itu, peserta diajar menggunakan perbankan internet dengan lebih mudah.
 
Gambar disini