Tarikh  20 Okt 2018 
Masa  8.30 am - 4.30 pm 
Tempat  Pi Pekan Kinabatangan 
Peserta  15 Orang 

 

Tujuan 
Program ini adalah bertujuan mempromosikan aplikasi dashboard komuniti kepada usahawan dan komuniti. Disamping itu, ia membantu usahawan menggunakan aplikasi tersebut untuk menjual produk mereka melalui My Shop. Selain itu, peserta digalakkan mencipta laman facebook untuk mempromosikan produk/perkhidmatan mereka menerusi telefon bimbit (smartphone).
 
 Aktiviti
Antara aktviti yang dilaksanakan adalah seperti pemeriksaan kesihatan iaitu tekanan darah dan BMI. Usahawan yang hadir diajar cara-cara mengambil gambar produk dengan baik dan berkesan untuk dimuat naik ke dalam My Shop & Facebook. Peserta juga diajar mencipta akaun laman facebook agar dapat mempromosikan produk dengan lebih mudah.
 
Gambar Disini
Tarikh  29 & 30 Sept 2018
Masa  8 am - 5 pm
Tempat  Dataran Pekan Baru, Kg Sukau
Peserta  100 orang

 

Tujuan 
Pada kali ini, Pusat Internet Kluster Kinabatangan telah membuat liputan/rakaman sepanjang perjalanan Pesta DAMAS 2018 berlangsung. Tujuan adalah mempromosikan page Menarik Di Kinabatangan,  mengetengahkan aktiviti Pesta DAMAS seperti Damas (perahu) berhias, pakaian tradisi, lagu tradisi, dendangan tradisi, tarian tradisi dan tegunggu (kulintangan) Bangsa Sungai.
 
Aktiviti
Team Pusat Internet menjalankan sesi wawancara bersama Presiden SABAS merangkap pengerusi penganjur Pesta DAMAS Ybhg Kolonel (K) Dato' Juhari Janan. Selain itu, membuat rakaman semua acara pertandingan yang dijalankan. Temubual bersama pengunjung dan peniaga Pesta DAMAS.
 
Gambar Disini
Tarikh : 15 SEP 2018 (SABTU)
Masa  : 09.00AM Hingga 01.00PM
Tempat : Pusat internet Kinabatangan
Pesreta : 4 Orang

 

Tujuan    
Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkat tahap kemahiran dan pengetahuan peserta tentang asas komputer dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia bertujuan untuk menggalakkan peserta berminat datang ke Pi1M dengan pengisian aktiviti yang lebih bermanfaat kepada mereka.

 

 Aktiviti    
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pengenalan asas komputer dan sistem operasi. Peserta diajar menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan internet dan emel.Peserta diajar bagaimana hendak memuat turun gambar daripada internet dan mencipta akaun emel untuk kegunaan mereka kelak.     
 

Gambar Disini

Tarikh   29 Sept 2018 
Masa   Jam 9 pagi 
Tempat   Dataran Pekan Baru, Kg Sukau 
Peserta   20 Orang 

 

Tujuan   
Aktiviti ini adalah kerjasama dengan Beliawanis SABAS untuk mengadakan pertandingan mewarna kanak-kanak sempena Pesta DAMAS 2018 anjuran Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS). Ia bertujuan menggalakkan perkembangan minda kanak-kanak dan mewujudkan jalinan kerjasama bersama penganjur Pesta DAMAS.  
   
Aktiviti  
Aktiviti utama yang dilaksanakan adalah mewarna lukisan Sayangi Malaysiaku. Aktiviti mewarna berlangsung selama satu jam.  
   
Gambar Disini  

 

Tarikh 08 Sept 2018 
Masa  Jam 9 am - 1 pm 
Tempat  Bilik Latihan 
Peserta  4 Orang 

 

Tujuan   
Kelas ini diadakan untuk membantu dan melatih usahawan membuat kad perniagaan masing-masing menggunakan perisian Adobe Photoshop. Selain itu juga, latihan ini dapat memberi usahawan tersebut merekacipta khas kad perniagaan mereka dengan kreativiti masing-masing. Ini dapat membantu mereka mengurangkan kos upah memcipta kad perniagaan mereka.   
   
Aktiviti  
Antara aktiviti yang dijalankan ialah menerokai perisian tersebut dengan mudah seperti toolsyang terdapat dalam perisian Adobe Photoshop. Peserta diajar cara muatnaik gambartemplate ke dalam perisaan. Selain itu, diakhir kerja, mereka juga diajar cara save dalam bentuk JPEG.   
   
Gambar Disini