Tarikh | : | 19 Ogos 2018 |
Masa | : | 2 pm - 4.30 pm |
Tempat | : | Bilik Latihan Pi Pekan Kinabatangan |
Peserta | : | 5 Orang |
Tujuan |
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk membolehkan peserta mempelajari cara menggunakan internet dengan berkesan bagi mencari maklumat dan komunikasi. Ia membantu peserta menerokai untuk mencari maklumat tentang kesihatan, kekosongan kerja atau hiburan dan sebagainya. Disamping itu, peserta boleh berkomunikasi dengan orang dari mana-mana tempat di dunia. |
Aktiviti |
Antara aktiviti utama ialah menerokai pelayar internet dan menggunakan enjin carian seperti google untuk mencari maklumat. Peserta juga diajar memuat turun gambar dan menyimpannya dalam komputer. Selain itu, peserta diajar mendaftar akaun emel dan menggunakannya untuk menerima dan membalas mesej dari rakan peserta. |
Gambar di sini |
Tarikh | : | 12 Julai 2018 |
Masa | : | 9 am - 12 pm |
Tempat | : | Bilik Latihan |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan | |
Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft Power Point kepada peserta yang terlibat. Microsoft Power Point digunakan untuk membuat pembentang visual yang mangandungi contoh, gambar, diagram, bunyi dan sebagainya lebih berkesan dalam komunikasi. | |
Aktiviti | |
Dalam modul ini, peserta akan mempelajari perisian Microsoft Power Point dengan lebih mendalam. Peserta akan membangunkan kemahiran multimedia dengan mencipta pembentangan yang berguna dalam kehidupan seharian. | |
Gambar Disini |
Tarikh | : | 26 Mei 2018 |
Masa | : | Jam 9 pagi - 12 tengahari |
Tempat | : | PiM Pekan Kinabatangan |
Peserta | : | 5 Orang |
Tujuan | |
Kelas ini diadakan untuk membantu dan melatih usahawan membuat kad perniagaan masing-masing menggunakan perisian Adobe Photoshop. Selain itu juga, latihan ini dapat memberi usahawan tersebut merekacipta khas kad perniagaan mereka dengan kreativiti masing-masing. Ini dapat membantu mereka mengurangkan kos upah memcipta kad perniagaan mereka. | |
Aktiviti | |
Antara aktiviti yang dijalankan ialah menerokai perisian tersebut dengan mudah seperti tools yang terdapat dalam perisian Adobe Photoshop. Peserta diajar cara muatnaik gambar template ke dalam perisaan. Selain itu, diakhir kerja, mereka juga diajar cara save dalam bentuk JPEG. | |
Gambar Disini |
Tarikh | : | 23 Jun 2018 |
Masa | : | 8.30 am - 12.30 pm |
Tempat | : | Bilik Latihan |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan | |
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta menerokai perisian pemprosesan kata dengan lebih mendalam. Peserta juga dapat membangunkan kemahiran pemprosesan kata dengan mencipta dokumen yang berguna dalam rutin harian. | |
Aktiviti | |
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan asas Microsoft Office Word. Peserta diajar menerokai perisian yang terdapat dalam Microsoft Office Word. Selain itu, peserta juga diajar menaip, memuat gambar dengan menggunakan Clip Art, memasukkan kotak dan sebagainya.Peserta yang terlibat dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka melalui kelas ini. | |
Gambar Di Sini |
Tarikh | : | 03 Mei 2018 |
Masa | : | 8 am- 9 am |
Tempat | : | Dewan Sri Lamag |
Peserta | : | 200 Orang |
TUJUAN | |
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada peserta khususnya ibubapa dan pelajar agar celik terhadap teknologi dan kandungan media baru, mewujudkan rasa tanggungjawab supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna lain, dan kepentingan kawal selia kendiri. | |
AKTIVITI | |
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti taklimat advokasi, tayangan video KDB, sesi soal jawab untuk menguji tahap kesedaran dan pengetahuan peserta. | |
Gambar Di Sini |