Tarikh  19 Jan 2020 
Masa  7.30 am - 3.30 pm 
Tempat  Pi Pekan Kinabatangan 
Peserta  15 Orang 

 

Tujuan 
Program ini adalah anjuran Persatuan Muslimah Daerah Kinabatangan dengan kerjasama KEMAS Kinabatangan dan Pusat Internet. Ia bertujuan untuk mendidik dan melatih peserta lebih celik ICT dan ke arah kecemerlangan dalam apa jua penglibatan peserta. Peserta yang terlibat adalah seramai 15 orang daripada pelbagai peringkat umur.
 
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti taklimat Pengurusan Risiko dalam talian oleh Pengurus Pusat Internet, mencipta akaun emel yang baru. Selain itu juga, peserta diajar membuat surat rasmi dan silil menggunakan MS Word. Seterusnya peserta diajar menggunakan excel untuk merekod nama ahli dan aliran tunai persatuan muslimah. Akhir sekali peserta diajar membuat pembentang slide menggunakan MS Power Ponit. Tenaga pengajar yang terlibat ialah Cik Rina Jepri (KEMAS KINABATANGAN). Program ini dirasmikan oleh Puan Hjh Faridah Hj Jamil, Pengerusi Persatuan Muslimah Daerah Kinabatangan.
 
Gambar di sini
Tarikh  11 Jan 2020 
Masa  Jam 9 am - 12 pm 
Tempat  Pi Pekan Kinabatangan 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 
Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkat tahap kemahiran dan pengetahuan peserta tentang asas komputer dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia bertujuan untuk menggalakkan peserta berminat datang ke Pusat Internet dengan pengisian aktiviti yang lebih bermanfaat kepada mereka.
 
 Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pengenalan asas komputer dan sistem operasi. Peserta diajar menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan internet dan emel.Peserta diajar bagaimana hendak memuat turun gambar daripada internet dan mencipta akaun emel untuk kegunaan mereka kelak. 
 
Gambar di sini
Tarikh  23 November 2019 
 Masa Jam 7 Pagi - 1 Petang 
Tempat  Pi Pekan Kinabatangan 
Peserta  91 Orang 

 

Tujuan 

Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan adalah bertujuan untuk melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan, mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Mpkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat dan mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Kinabatangan, Klinik Pergigian, klinik Kesihatan Bukit Garam, KEMAS Kinabatangan dan NGO.

 
Aktiviti
Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti taklimat ICT dan advokasi oleh pihak Pusat Internet. Selain itu, aktiviti taklimat dan saringan PeKa B40 yang kendalikan oleh Klinik Kesihatan bukit Garam. Seterusnya ialah aktiviti memberus gigi kanak-kanak dan taklimat penjagaan gigi oleh Klinik pergigian. Pusat Internet turut mengadakan aktiviti senamrobik dan sukaneka.
 
gambar di sini

Tarikh : 20/12/2019
Masa : 9 am - 4 pm
Tempat : Pi Pekan Kinabatangan
Peserta : 30 Orang

 

Tujuan 
Bengkel ini adalah kerjasama dengan KEMAS Kinabatangan untuk memberi pendedahan pengguna IT dalam pengurusan
kerja dan pembelajaran di tepat masing-masing. Selain itu, peserta dapat meningkatkan tahap kemahiran mereka dalam ICT.

 

Aktiviti 
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti mengemaskini profil dalam MS Word serta memasukkan data dalam MS Excel.
Selain itu ,peserta juga diajar menggunakan sistem HRMIS untuk memudahkan mereka mengemaskini data yang sedia ada.

gambar di sini

Tarikh  15 Nov 2019 
Masa  Jam 9 Pagi - 10.30 Pagi 
Tempat  Pejabat KEMAS Kinabatangan 
Peserta  20 Orang 

 

Tujuan 
Program merupakan anjuran KEMAS Kinabatangan sempena Kem Motivasi. Tujuannya adalah untuk memantapkan dan memberi kefahaman kepada peserta tentang kesedaran mereka terhadap risiko dalam talian. Pengurus Pusat Internet memberi taklimat dan penerangan tentang pengurusan risiko dalam talian. 
 
 Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat pengurusan risiko dalam talian, tayangan video klik dengan bijak, dan kuiz. Aktiviti ini menguji tahap kefahaman dan kesedaran peserta tentang risiko dalam talian yang bakal hadapi dan bagaimana caranya mereka tangani agar tidak tertipu.
 
Gambar disini