Tarikh | : | 9 Sept 2023 |
Masa | : | Jam 9.00 am - 1.00 pm |
Tempat | : | PEDi Kota Kinabatangan |
Peserta | : | 6 Orang |
Tujuan |
Program ini adalah usahasama bersama dengan USAHANITA Kinabatangan di mana seramai 6 orang usahawan telah mengikuti kelas ini. Kelas ini bertujuan untuk membantu usahawan menghasilkan video yang menarik. |
Aktiviti |
Peserta akan diajar cara untuk mengambil video dan seterusnya mengedit video tersebut. Di penghujung kelas setiap peserta akan mempersembahkan video berdurasi 5 minit di hadapan kelas. |
Tarikh | : | 29 Sept 2023 |
Masa | : | Jam 9.00 am - 1.00 pm |
Tempat | : | PEDi Kota Kinabatangan |
Peserta | : | 30 Orang |
Tujuan |
Program ini adalah usahasama dengan ADUN Lamag di mana sambutan ini telah diadakan untuk menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan. Pelbagai aktiviti untuk komuniti setempat di adakan di antara Jabatan Kerajaan yang terlibat adalah seperti klinik pergigian dan KKIA. PEDi turut sama dijemput bagi memeriahkan dan seterusnya mendedahkan lagi komuniti dengan program KDB yang sedia ada. |
Aktiviti |
Pengunjung akan menjawab soalan KDB yang telah disediakan di dalam google form dan akan menerima goodies yang telah disediakan. |
Tarikh | : | 19 Ogos 2023 |
Masa | : | Jam 10.00 am - 11.00 am |
Tempat | : | PEDi Kota Kinabatangan |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Memberikan asas utama kepada usahawan dalam cara untuk mengambil gambar produk secara berkesan. |
Aktiviti |
Petugas dan usahawan bersama - sama menggunakan photo studio sedia ada di PEDi. |
Tarikh | : | 19 Ogos 2023 |
Masa | : | Jam 10.00 am - 11.00 am |
Tempat | : | PEDi Kota Kinabatangan |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar asas utama menggunakan aplikasi canva yang pada masa kini lebih banyak digunakan oleh pengguna ICT. Penggunaan yang senang dan mudah untuk difahami membolehkan pengguna baru menggunakannya dengan lebih efektif |
Aktiviti |
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti mengajar menggunakan aplikasi di dalam web. selain itu pelajar juga di ajar cara untuk membuat poster menggunakan aplikasi ini. Dengan menggunakan aplikasi ini pelajar boleh membuat iklan yang lebih cantik dan menarik |
Tarikh | : | 17 Ogos 2023 |
Masa | : | Jam 10.00 am - 11.00 am |
Tempat | : | PEDi Kota Kinabatangan |
Peserta | : | 50 Orang |
Tujuan |
Atas jemputan dari Jabatan Penerangan Daerah, PEDi Kota Kinabatangan telah mengikuti Program Kembara Merdeka 2023 peringkat daerah Kinabatangan di perpustakaan daerah Kinabatangan. Slot yang diberikan telah digunakan dengan menyampaikan advokasi KDB kepada pelajar sekolah menengah yang terlibat sama di dalam program ini. |
Aktiviti |
Petugas telah menyampaikan advokasi kepada pelajar sekolah menengah. kuiz juga telah diadakan setelah selesai menyampaikan advokasi. |