Tarikh  15 Dis 2023
Masa  Jam 9.00 am - 12.00 pm 
Tempat  PEDi Kota Kinabatangan
Peserta  1 Orang 
Tujuan 
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar asas utama di dalam microsoft office iaitu menggunakan program MS Word. Pelajar yang terdiri daripada lepasan sekolah mempelajari asas untuk kegunaan mereka di sekolah
 
Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan menggunakan MS Word di mana pelajar akan di ajar cara - cara untuk memasukkan dan mengedit gambar ke dalam fail yang tersedia. Selain itu pelajar juga diberi latihan cara untuk memasukkan teks ke dalam gambar yang sedia ada.

 

Gambar Di Sini

Tarikh   14 Dis 2023
Masa  Jam 9.00 am - 12.00 pm 
Tempat  SMK Bukit Garam 
Peserta  50 Orang 
Tujuan 
Program ini adalah anjuran bersama Usahanita Kinabatangan. Ia bertujuan memberi pendedahan dan mendidik pelajar tentang kesedaran keselamatan dan perlindungan dalam talian internet. Seramai 50 orang pelajar terdiri daripada pelajar SMK Bukit Garam 2 dan guru pengiring.
 
Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah kesedaran mengenai perlindungan dalam talian internet dan juga menjawab soalan kuiz KDB yang telah disediakan oleh petugas PEDi.

 

Gambar Di Sini

Tarikh  5 Disember 2023
Masa  Jam 10.00 pm - 12.00 pm 
Tempat  PEDi Kota Kinabatangan 
Peserta  10 Orang 
Tujuan 
Tujuan program e-learning ini diadakan adalah untuk menarik minat di kalangan kanak - kanak untuk menggunakan IT sebagai salah satu hiburan untuk mereka. selain itu kanak - kanak juga dapat belajar dari program e-learning yang telah diberikan.
 
Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah kanak - kanak menggunakan permainan WORD SEARCH di website yang telah disediakan oleh petugas.

 

 

Gambar Di Sini

Tarikh   13 Disember 2023
Masa  Jam 9.00 am - 12.00 pm 
Tempat  PEDi Kota Kinabatangan 
Peserta  4 Orang 
Tujuan 
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar asas utama di dalam microsoft office iaitu menggunakan program MS Power Point. Pelajar yang terdiri daripada lepasan sekolah menengah dan belia yang tidak berkerja.
 
Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan menggunakan MS Power Point di mana pelajar akan di ajar cara - cara untuk membuat slide presentation dengan memasukkan gambar dan animasi . Selain itu pelajar juga diberi latihan cara untuk memasukkan teks ke dalam gambar yang sedia ada.

 

Gambar Di Sini

Tarikh  16 Dis2023
Masa  Jam 9.00 am - 12.00 pm 
Tempat  PEDi Kota Kinabatangan 
Peserta  10 Orang 
Tujuan 

Kelas Pendidikan STEM menggalakkan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Ketahui cara ia memupuk rasa ingin tahu dan penaakulan logik, menyediakan pelajar untuk kerjaya STEM.       

 
Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah peserta mempelajari dan mencipta robotic hand yang mana mendedahkan mereka kepada pemikiran kritis untuk menyelesaikan sesuatu model. Latihan amali dan membuat penyelesaian robotic hand di lakukan oleh petugas PEDi

 

 

Gambar Di Sini