Tarikh  10 Januari 2018 
Masa  9 pagi - 2 petang 
Tempat  Bilik Latihan Pi1M 
Peserta  10 Orang 

 

Tujuan   
Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft Power Point kepada peserta yang terlibat. Microsoft Power Point digunakan untuk membuat pembentang visual yang mangandungi contoh, gambar, diagram, bunyi dan sebagainya lebih berkesan dalam komunikasi.  
   
Aktiviti  
Dalam modul ini, peserta akan mempelajari perisian Microsoft Power Point dengan lebih mendalam. Peserta akan membangunkan kemahiran multimedia dengan mencipta pembentangan yang berguna dalam kehidupan seharian.  
   
Gambar Disini  

 

Tarikh  : 23 Disember 2017 
Masa : Jam 08.30 pagi - 12.30 tengahari 
Tempat : Pi1M Pekan Kinabatangan 
Peserta : 6 Orang 

 

 

Tujuan

Latihan Asas eRezeki adalah berdasarkan konsep crowdsourcing, dengan tumpuan khusus diberikan kepada model berasaskan perkhidmatan. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital.

 

Aktiviti

Melalui latihan asas eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai latihan ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tem.

 

 

 Gambar Disini

 

 

Tarikh  4 Disember 2017 
Masa Jam 9 am - 1 pm 
Tempat  Pi1M Pekan Kinabatangan
Peserta  10 Orang 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar sekolah yang sedang bercuti pada musim cuti sekolah. Ia juga bertujuan untuk menarik minat pelajar sekolah datang ke Pi1M untuk menimba ilmu yang berkaitan dengan ICT.

 

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pengenalan asas komputer dan sistem operasi. Peserta diajar menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan internet dan emel. Peserta diajar bagaimana hendak memuat turun gambar daripada internet dan mencipta akaun emel untuk kegunaan mereka kelak.

Tarikh : 06 Disember 2017
Masa : Jam 9 am - 1 pm
Tempat : Pi1M Pekan Kinabatangan
Peserta : 10 Orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar sekolah yang sedang bercuti pada musim cuti sekolah. Ia juga bertujuan untuk menarik minat pelajar sekolah datang ke Pi1M untuk menimba ilmu yang berkaitan dengan ICT.

 

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan asas Microsoft Office Word. Peserta diajar menerokai perisian yang terdapat dalam Microsoft Office Word. Selain itu, peserta juga diajar menaip, memuat gambar dengan menggunakan Clip Art, memasukkan kotak dan sebagainya. Peserta yang terlibat dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka melalui kelas ini.

 

Tarikh :18 november 2017
Masa  :8.30 pagi - 2.00 petang 
Lokasi  :Pi1M Pekan Kinabatangan
Peserta  :50 Orang 

 

 Tujuan

Program ini dihadiri daripada pelbagai peringkat umur seperti kanak-kanak, belia dan dewasa. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan modul Dashboard Komuniti yang terdapat di Pi1M kendalian Telekom. Selain itu, program ini juga menarik minat komuniti sekitar Pi1M untuk berkunjung ke Pi1M.

 

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah membuat hebahan dan aduan menggunakan modul My Komuniti dan My Soal. Ia bertujuan meningkatkan tahap kefahaman peserta dikalangan belia. Seterusnya ialah pertandingan menaip yang disertai oleh ibu-ibu. Ibu-ibu diuji tahap pengetahuan dan kemahiran mereka menggunakan Microsoft office Word. Aktiviti seterusnya ialah My Place iaitu salah satu modul Dashboard. Di mana usahawan diajar cara untuk memetakan lokasi perniagaan menggunakan aplikasi modul ini. Dan akhir sekali ialah pertandingan mewarna kanak-kanak.