Tarikh | : | 06 Disember 2017 |
Masa | : | Jam 9 am - 1 pm |
Tempat | : | Pi1M Pekan Kinabatangan |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar sekolah yang sedang bercuti pada musim cuti sekolah. Ia juga bertujuan untuk menarik minat pelajar sekolah datang ke Pi1M untuk menimba ilmu yang berkaitan dengan ICT.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan asas Microsoft Office Word. Peserta diajar menerokai perisian yang terdapat dalam Microsoft Office Word. Selain itu, peserta juga diajar menaip, memuat gambar dengan menggunakan Clip Art, memasukkan kotak dan sebagainya. Peserta yang terlibat dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka melalui kelas ini.