NAMA  SALIAH BT KABIRUN 
UMUR  44TAHUN
AHLI  2016

 

Latar belakang

Puan Saliah mula berkecimpung perniagaan e-dagang sejak berlakunya pandemik Covid-19 yang melanda negara sehingga kini. Sebelum ini, beliau menjual menggunakan kaedah media sosial seperti facebook page dan aplikasi Whatsapp.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan beliau di PEDi, pendapatan kasar bulanan sekitar RM300 – RM500. Platform yang digunakan hanya media sosial seperti facebook dan aplikasi whatsapp.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini, setelah mengikuti beberapa kelas ICT yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital secara bersemuka dan atas talian (google meet), pendapatan bulanan beliau mencecah RM3000. Beliau menggunakan platform e-dagang seperti foodpanda dan shopee untuk iklan dan promosi produk kepada pelanggan sedia ada dan baru. Beliau kini memiliki kedai online foodpanda yang mula beroperasi pada Jun 2021. Ia banyak membantu beliau mengetengahkan lagi produk jualannya.

NAMA  SITI NOR HAZIRAH BINTI ABDUL RAHMAN 
UMUR  23 TAHUN
AHLI  2020

 

Latar belakang

Merupakan seorang lepasan sekolah dan sedang mencari pekerjaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi, adik Hazirah kurang berkemahiran menggunakan komputer dengan sebaiknya. Apatah lagi beliau kini mencari pekerjaan. Kemahiran komputer sangat diperlukan dalam pekerjaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti beberapa kelas yang dianjurkan oleh PEDi Kota Kinabatangan, adik Hazirah kini sudah mahir menggunakan komputer dengan baik. Beliau boleh melaksanakan tugasannya seperti menaip menggunakan Microsoft word. MS Excel turut diajar untuk memberikan pengetahuan asas menggunakan excel dalam pekerjaan.

NAMA  SITI HAMIZAH BT ASPIN 
UMUR  26TAHUN
AHLI  2020 

 

Latar belakang

Adik Hamizah mula berkecimpung perniagaan e-dagang setalah tamat pengajian disebuah Universiti di Malaysia lagi. Beliau kini mengusahakan perniagaan keluarga secara separuh masa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penglibatan beliau di Pusat Internet, pendapatan kasar bulanan sekitar RM300 – RM500. Platform yang digunakan hanya media sosial seperti facebook dan aplikasi wasep.me

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Kini, setelah mengikuti beberapa kelas ICT yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti secara bersemuka dan atas talian (google meet), pendapatan bulanan beliau mencecah RM5000. Beliau menggunakan platform e-dagang seperti wasep.me untuk iklan dan promosi produk kepada pelanggan sedia ada dan baru. Beliau kini memiliki kedai online wasep.me yang mula beroperasi pada Ogos 2021. Ia banyak membantu beliau mengetengahkan lagi produk jualannya.

     

  

NAMA  MOHAMAD FARIZUAN BIN FREDIE 
UMUR  13 TAHUN 
AHLI  2020

 

Latar Belakang 

Seorang pelajar sekolah menengah. 

 
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PIK 
Sebelum penglibatan PIK, beliau kurang pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer dan internet.
 
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PIK

Selepas mengikuti beberapa kelas yang dianjurkan oleh PIK Pekan Kinabatangan, kini beliau sudah boleh menggunakan komputer dan internet dengan baik. Adik Farizuan kini mahir menggunakan emel. Beliau juga dapat meningkatkan tahap kemahiran ICT nya dengan baik.

 

   
NAMA  NUR AUNI AMANI BINTI RIDUWAN 
UMUR  18 TAHUN
AHLI  2018

 

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang tidak mempunyai kemahiran ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan PIK, adik Nur Auni sering menghadapi kekangan menggunakan komputer apabila diberikan tugasan sekolah yang memerlukan penggunan komputer. Beliau tidak mahir menggunakan perisian Mic Word untuk menyiapkan tugasan sekolah nya dengan baik dan sempurna.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti beberapa kelas yang dianjurkan oleh PIK Pekan Kinabatangan, adik Nur Auni kini sudah mahir menggunakan komputer dengan baik. Beliau boleh melaksanakan tugasannya seperti menaip tugasan menggunakan Microsoft word. Selain itu, adik Nur Auni dapat membuat slide pembentangan dengan baik dan cantik.