NAMA | : | SALIAH BINTI KABIRUN |
UMUR | : | 43 TAHUN |
AHLI | : | 2014 |
Latar belakang |
Puan Saliah mula berkecimpung perniagaan bakeri sejak dari tahun 2011 dan bermula dari rumah sahaja.Skop pelanggannya hanya dikalangan keluarga, rakan dan jiran sahaja. |
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI |
Beliau melibatkan diri dalam aktiviti Pusat Internet sejak tahun 2014. Sebelum penglibatan beliau di Pusat Internet, pendapatan kasar bulanan sekitar RM300 – RM500. Penghasilan produk bakeri sebulan 150 biji. |
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI |
Kini, setelah mengikuti beberapa kelas ICT yang dijalankan di Pusat Internet, pendapat bulanan beliau mencecah RM3000. Beliau menerima tempahan kek dan roti setiap minggu. Beliau menggunakan platform media sosial seperti Facebook dan Whatsapp untuk iklan dan promosi kepada pelanggan sedia ada dan baru. Beliau kini memiliki kedai bakeri yang mula beroperasi pada tahun 2018 dan memiliki dua orang pekerja. |
NAMA | : FARIDAH SIDIK |
UMUR | : 34 TAHUN |
AHLI | : 2018 |
Latar belakang
Cik Faridah menjalankan perniagaan menjual lekor bersama keluarga dan bermula dari rumah sahaja.
Beliau bergiat aktif dalam perniagaan sejak tiga tahun yang lalu.
Skop pelanggannya hanya dikalangan keluarga dan jiran sahaja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau di Pusat Internet, pendapatan kasar bulanan
sekitar RM300 – RM500. Penghasilan lekor sebulan
150 batang dengan harga RM2.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kini, setalah mengikut beberapa kelas ICT yang dijalankan di Pusat Internet,
pendapat bulanan beliau mencecah RM1000. Lekor yang sudah siap diproses akan
dibungkus dan diedarkan ke kedai runcit atau jual terus kepada pelanggan seperti COD.
NAMA | : | MARETES TOLENTINO |
UMUR | : | 43 TAHUN |
AHLI | : | 2012 |
Latar Belakang |
Puan Maretes memulakan perniagaannya sejak tahun 2018 secara kecilan sepenuh masa yang bermula dari rumah. |
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan Pi |
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Beliau menghasilkan produk cheese kek 20 biji sebulan. |
Selepas penggunaan ICT/penglibatan Pi |
Setelah mengikuti kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Kinabatangan, beliau kini boleh mempromosikan produknya melalui my shop. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1000 |
NAMA | : JURIANI BINTI HUSSIN |
UMUR | : 43 TAHUN |
AHLI | : 2013 |
Latar belakang
Merupakan seorang kakitangan awam yang bertugas sebagai kerani
di Majlis Daerah Kinabatangan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan Pi, puan Juriani kurang mahir menggunakan komputer.
Tugasannya sebagai kerani sangat memerlukan kemahiran komputer untuk
melicinkan lagi tugasan hariannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti beberapa kelas yang dianjurkan oleh Pi Pekan Kinabatangan, puan Juriani kini sudah
menggunakan computer dengan baik. Beliau boleh melakanakan tugasannya seperti menaip surat
menggunkan Microsoft word. Selain itu, beliau juga dapat menggunakan Microsoft Excel
untuk memasukkan data dan membuat carta/graf.
NAMA | : | NUR AFIZA BINTI FARANKIE |
UMUR | : | 18 TAHUN |
AHLI | : | 2016 |
Latar Belakang |
Seorang pelajar lepasan SPM dan kini menyambung pengajian di sebuah institusi kerajaan. |
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan Pi |
Sebelum penglibatan Pi, beliau kurang pengetahuan dan kemahiran menggunakan computer dan internet. |
Selepas penggunaan ICT/penglibatan Pi |
Selepas mengikuti beberapa kelas yang dianjurkan oleh Pi Pekan Kinabatangan, kini beliau sudah boleh menggunakan komputer dan internet dengan baik.Nor Afiza kini mahir menggunakan emel. Beliau juga dapat meningkatkan tahap kemahiran komunikasinya dengan menggunakan Mic. Power point untuk membuat pembentangan khususnya dalam pengajiannya. |