Nama | : | Norshima Bt Shamsudin |
Umur | : | 24 Tahun |
Ahli | : | 2017 |
Latar Belakang |
Puan Norshima baru bergiat aktif dalam kraftangan sejak tahun 2017. Kini beliau telah membuat kraftangan sulaman tudung saji secara kecilan di rumah. |
Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet |
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk bulanan adalah 20 buah sulaman tudung saji. |
Selepas penggunaan ICT/penglibatan Pusat Internet |
Selepas mengikuti latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Kinabatangan, beliau menggunakan media social seperti whatsapp untuk mempromosikan hasil kraftangan beliau. Pelanggan beliau dari daerah yang berdekatan yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui media sosial tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000. |
Nama | : | Siti Arinawati Abd Amin |
Umur | : | 18 tahun |
Ahli | : | 2017 |
Latar belakang |
Adik Siti Arinawati merupakan lepasan sekolah menengah. |
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet |
Sebelum penglibatan Pi, beliau kurang mahir tentang ICT. |
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet |
Selepas mengikuti beberapa kelas yang dianjurkan oleh Pi Pekan Kinabatangan, kini beliau sudah boleh menggunakan komputer dan internet dengan baik. Arinawati kini mahir menggunakan emel. Beliau juga dapat meningkatkan tahap kemahiran komunikasinya dengan menggunakan Mic. Power point untuk membuat pembentangan. Disamping itu, mampu menyediakan resume untuk mencari pekerjaan. |
Nama | : | Puan Patimah Binti Tabun |
Umur | : | 61 tahun |
Ahli | : | 2017 |
Latar Belakang
Puan Patimah baru bergiat aktif dalam kraftangan sejak tahun 2017. Kini beliau telah membuat kraftangan sulaman renda secara kecilan di rumah.
Sebelum penggunaan ICT, penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk bulanan adalah 50 helai sulaman renda.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas mengikuti latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Kinabatangan, beliau menggunakan media social seperti whatsapp untuk mempromosikan hasil kraftangan beliau. Pelanggan beliau dari daerah yang berdekatan yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui media social dan aplikasi dashboard komuniti Pi tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000.
Nama | : | Siti Uzaina Abd Aziz |
Umur | : | 32 tahun |
Ahli | : | 2015 |
Latar Belakang |
Mewarisi perniagaan katering keluarga secara kecilan. Tidak mahir menggunakan ICT untuk mempromosikan perkhidmatan dengan lebih meluas. |
Sebelum penggunaan ICT, penglibatan Pusat Internet |
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM5000 – RM10000 sahaja setahun. |
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet |
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Kinabatangan, beliau kini telah memiliki web myshop dan page facebook yang dapat mempromosikan perkhidmatan katering beliau. Pelanggan beliau. Pendapatan tahunan beliau kini mencecah RM50000 – RM100,000. |
Latar belakang
Puan Asipah menghasilkan kraftangan sulaman renda barangan keperluan seperti penyemat langsir dan keronsang sejak 2 tahun yang lalu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 20 produk.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sejak mengikuti kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Kinabatangan, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil kraftangan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh daerah yang mana mereka mengetahui produk kraftangan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000.
Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- PI1M membantu mempromosikan produk dengan mewujudkan page facebook usahawan.
- Memberi latihan asas Komputer
- Bengkel Asas fotografi menggunakan smartphone