NAMA  SALIAH BT KABIRUN 
UMUR  44TAHUN
AHLI  2016

 

Latar belakang

Puan Saliah mula berkecimpung perniagaan e-dagang sejak berlakunya pandemik Covid-19 yang melanda negara sehingga kini. Sebelum ini, beliau menjual menggunakan kaedah media sosial seperti facebook page dan aplikasi Whatsapp.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan beliau di PEDi, pendapatan kasar bulanan sekitar RM300 – RM500. Platform yang digunakan hanya media sosial seperti facebook dan aplikasi whatsapp.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini, setelah mengikuti beberapa kelas ICT yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital secara bersemuka dan atas talian (google meet), pendapatan bulanan beliau mencecah RM3000. Beliau menggunakan platform e-dagang seperti foodpanda dan shopee untuk iklan dan promosi produk kepada pelanggan sedia ada dan baru. Beliau kini memiliki kedai online foodpanda yang mula beroperasi pada Jun 2021. Ia banyak membantu beliau mengetengahkan lagi produk jualannya.