NAMA | : | JAMALIA BT USMAN |
UMUR | : | 42 TAHUN |
AHLI | : | 2019 |
Latar belakang
Puan Jamalia mula berkecimpung perniagaan e-dagang sejak berlakunya pandemik Covid-19 yang melanda negara sehingga kini. Sebelum ini, beliau menjual menggunakan kaedah media sosial seperti facebook page dan aplikasi Whatsapp.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan beliau di PEDi, pendapatan kasar bulanan sekitar RM500 - 700. Platform yang digunakan hanya media sosial seperti facebook dan aplikasi whatsapp.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Kini, setelah mengikuti beberapa kelas ICT yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital secara bersemuka dan atas talian (google meet), pendapatan bulanan beliau mencecah RM5000. Beliau menggunakan platform facebook dan whatsapp untuk berkomunikasi dengan B2B beliau di seluruh negeri sabah.
NAMA | : | NABILA SYUHADA BT ABDULLAH |
UMUR | : | 20 TAHUN |
AHLI | : | 2023 |
Latar belakang
Adik Nabila merupakan lepasan sekolah STPM yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan beliau di PEDi Kota Kinabatangan, dia kurang mahir dalam menggunakan aplikasi microsoft office seperti word, excel dan powerpoint.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Kini, setelah mengikuti beberapa kelas ICT di PEDi Kinabatangan adik Nabila dapat menguasai aplikasi ini dengan baik bagi membantunya melakukan tugasan - tugasan harian di sekolah.
NAMA | : | AZHARUL FAIZRUDIN |
UMUR | : | 17 TAHUN |
AHLI | : | 2021 |
Latar belakang
Merupakan seorang pelajar sekolah menengah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan PEDi, adik Azharul kurang berkemahiran menggunakan komputer dengan sebaiknya. Apatah lagi beliau kini memerlukan kemahiran asas komputer untuk menyiapkan tugasan kerja sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas mengikuti beberapa kelas yang dianjurkan oleh PEDi Kota Kinabatangan, adik Azharul kini sudah mahir menggunakan komputer dengan baik. Beliau boleh melaksanakan tugasannya seperti menaip menggunakan Microsoft word. MS Excel turut diajar untuk memberikan pengetahuan asas menggunakan excel dalam tugasan sekolah.
NAMA | : | MORNI BT SINYOR |
UMUR | : | 42TAHUN |
AHLI | : | 2021 |
Latar belakang
Puan Morni mula berkecimpung perniagaan secara fizikal dari rumah sahaja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan beliau di PEDi Kota Kinabatangan, pendapatan kasar bulanan sekitar RM300 – RM500. Platform yang digunakan hanya media sosial seperti aplikasi Whatsapp.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Kini, setelah mengikuti beberapa kelas keusahawanan iaitu marketplace Shopee yang dijalankan di PEDi Kota Kinabatangan secara bersemuka, pendapatan bulanan beliau mencecah RM2000. Beliau menggunakan platform media sosial seperti facebook & whatsapp untuk iklan dan promosi produk kepada pelanggan sedia ada dan baru. Ia banyak membantu beliau mengetengahkan lagi produk jualannya.
NAMA | : | HAMIDAH ARPAH |
UMUR | : | 53 TAHUN |
AHLI | : | 2020 |
Latar belakang
Merupakan seorang kerani penjawat awam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan PEDi, puan Hamidah kurang berkemahiran menggunakan komputer dengan sebaiknya. Apatah lagi beliau kini bekerja sebagai kerani pejabat yang memerlukan kemahiran komputer. Kemahiran komputer sangat diperlukan dalam pekerjaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas mengikuti beberapa kelas yang dianjurkan oleh PEDi Kota Kinabatangan, puan Hamidah kini sudah mahir menggunakan komputer dengan baik. Beliau boleh melaksanakan tugasannya seperti menaip menggunakan Microsoft word. MS Excel turut diajar untuk memberikan pengetahuan asas menggunakan excel dalam pekerjaan.