NAMA | : | SITI HAMIZAH BT ASPIN |
UMUR | : | 25 TAHUN |
AHLI | : | 2020 |
Latar belakang
Adik Hamizah mula berkecimpung perniagaan e-dagang setalah tamat pengajian disebuah Universiti di Malaysia lagi. Beliau bergiat menjual produk kecantikan seperti serum.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau di Pusat Internet, pendapatan kasar bulanan sekitar RM300 – RM500. Platform yang digunakan hanya media social seperti facebook dan Instagram. Beliau aktif sebagai ejen produk kecantikan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kini, setelah mengikuti beberapa kelas ICT yang dijalankan di Pusat Internet, pendapat bulanan beliau mencecah RM1000. Beliau menggunakan platform e-dagang seperti Shopee untuk iklan dan promosi produk kepada pelanggan sedia ada dan baru. Beliau kini memiliki kedai online Shopee yang mula beroperasi pada tahun 2020. Beliau juga merupakan usahawan Shopee yang menerima e-Penjana Shopee. Ia banyak membantu beliau mengetengahkan lagi produk jualannya.