Latar belakang

Puan Asipah menghasilkan kraftangan sulaman renda barangan keperluan seperti penyemat langsir dan keronsang sejak 2 tahun yang lalu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 20 produk.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sejak mengikuti kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Kinabatangan, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil kraftangan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh daerah yang mana mereka mengetahui produk kraftangan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000.

 

Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 

  •             PI1M membantu mempromosikan produk dengan mewujudkan page facebook usahawan.
  •  Memberi latihan asas Komputer
  •        Bengkel Asas fotografi menggunakan smartphone