Latar belakang

Puan Salbah Assing merupakan seorang surirumah dan bergiat aktif dengan Peladang Nita di bawah seliaan Pertubuhan Peladang Kawasan Kinabatangan. Beliau juga tidak mempunyai pendapatan bulanan yang tetap. Beliau telah mengusahakan Kerepek Popia Pedas pada tahun 2012.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Anggaran purata pendapatan setahun RM3000.00 – RM4000 melalui hasil jualan Kerepek Pedas. Modal permulaan perniagaan beliau RM500.00

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti kelas di Pi Pekan Kinabatangan, puan Salbah mula mengetahui cara-cara menggunakan komputer dan internet. Purata pendapatan untuk 6 bulan pertama selepas menjalani kursus di Pusat Internet berjumlah RM2000.00.

Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-       Mempelajari menggunakan emel.

-       Mempelajari aplikasi terbaru dashboard komuniti

-       Memuatnaik/turun gambar daripada internet.

-       Mempelajari fotografi produk & suntingan imej