NAMA | : | JAMALIA BT USMAN |
UMUR | : | 42 TAHUN |
AHLI | : | 2019 |
Latar belakang
Puan Jamalia mula berkecimpung perniagaan e-dagang sejak berlakunya pandemik Covid-19 yang melanda negara sehingga kini. Sebelum ini, beliau menjual menggunakan kaedah media sosial seperti facebook page dan aplikasi Whatsapp.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan beliau di PEDi, pendapatan kasar bulanan sekitar RM500 - 700. Platform yang digunakan hanya media sosial seperti facebook dan aplikasi whatsapp.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Kini, setelah mengikuti beberapa kelas ICT yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital secara bersemuka dan atas talian (google meet), pendapatan bulanan beliau mencecah RM5000. Beliau menggunakan platform facebook dan whatsapp untuk berkomunikasi dengan B2B beliau di seluruh negeri sabah.