NAMA  MASURIAH BINTI LATJAMMA 
UMUR   39 TAHUN
AHLI  26 OKT 2013 

 

Latar belakang

Puan Masuriah menghasilkan kuah rojak buah bermula dari rumah sejak 2 tahun yang lalu secara kecil-kecilan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 20 produk.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak mengikuti kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Kinabatangan, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh daerah yang mana mereka mengetahui produk kuah rojak beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000.