Tarikh  27 Jun 2024
Masa  Jam 9.00 am - 12.00 pm 
Tempat  NADI Kota Kinabatangan 
Peserta  30 Orang 
Tujuan 
Program SejaTi Madani merupakan program gabungan bersama Jabatan Penerangan Daerah Kinabatangan di mana NADI dan JAPEN telah membuat satu taklimat kepada ketua - ketua Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan bagi DUN Lamag. Program ini bertujuan untuk menyebarkan maklumat mengenai NADI dan juga bantuan - bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
 
Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat pengenalan mengenai NADI yang telah dilakukan oleh Pen Pengurus Puan Munira Ladis, taklimat mengenai geran 100K SejaTi Madani yang telah dilakukan oleh Pengurus NADI Kota Kinabatangan Cik Norazia Binti Abd Aziz. Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Penerangan Daerah iaitu Puan Sharifah Fairuz Bt Mohd Tahir.

 

Gambar di sini

Tarikh   21 Jun 2024
Masa  Jam 9.00 am - 11.00 pm 
Tempat  NADI Kota Kinabatangan 
Peserta  8 Orang 
Tujuan 
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar asas utama di dalam microsoft office iaitu menggunakan program MS Power Point. Pelajar yang terdiri daripada lepasan sekolah dan wanita  mengikuti kelas ini bagi memastikan ilmu dan asas utama MS office dapat dipelajari
 
Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan menggunakan MS Power Point di mana pelajar akan di ajar cara - cara untuk membuat slide presentation di dalam apps ini. selain itu pelajar juga turut diajar cara untuk memasukkan animasi dan gambar  di dalam kelas ini.

 Gambar Di Sini
Tarikh   13 Jun 2024
Masa  Jam 9.00 am - 3.00 pm 
Tempat  NADI Kota Kinabatangan 
Peserta  20 Orang 
Tujuan 
Program ini adalah program gabungan bersama dengan Persatuan Muslimah Daerah Kinabatangan di mana ahli - ahli persatuan diajar cara dan teknik videografi yang boleh mereka terapkan di dalam program mereka di luar. Program ini dilaksanakan untuk memastikan ahli muslimah senantiasa kehadapan seiring dengan perkembangan teknologi yang sedia ada di masa kini.
 
Aktiviti

Pengurus memberikan taklimat dan latihan teknikal untuk kesemua peserta yang terlibat. Mereka di arahkan untuk membuat video pendek untuk sesi praktikal bagi memastikan kesemua peserta memahami dan boleh menguasai teknik dan cara yang telah diajar.

 

Gambar Di Sini

Tarikh   20 Jun 2024
Masa  Jam 9.00 am - 11.00 pm 
Tempat  NADI Kota Kinabatangan 
Peserta  8 Orang 
Tujuan 
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar asas utama di dalam microsoft office iaitu menggunakan program MS Word. Pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan belia di ajar asas utama MS Word untuk kegunaan mereka di universiti atau kolej.
 
Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan menggunakan MS Word di mana pelajar akan di ajar cara - cara untuk menaip, memasukkan gambar ke dalam fail dan mengedit gambar yang telah dimasukkan. selain itu beberapa asas utama seperti mengubah saiz dan jenis font turut diajar di dalam kelas ini.

 Gambar Di Sini
Tarikh   12 Jun 2024
Masa  Jam 9.00 am - 3.00 pm 
Tempat  PEDi Kota Kinabatangan 
Peserta  25 Orang 
Tujuan 
Program ini adalah program gabungan bersama dengan agensi PERKESO cawangan Sandakan di mana satu program kumpulan carian kerja untuk belia melalui portal MyFuture Jobs telah dijalankan pada tarikh di atas. Antara objektif program ini adalah untuk membantu belia mendapatkan peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan minat mereka. Selain itu mereka juga diberikan panduan dan sokongan dalam pencarian kerja serta persediaan temuduga.
 
Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi pendaftaran peserta di dalam portal MyFuture Jobs. Selain itu PERKESO turut melakukan taklimat kepada semua peserta yang terlibat berkenaan dengan program di atas. Peserta akan mendaftar dan memasukkan data - data berkaitan di dalam sistem tersebut.

 

Gambar Di Sini