Tarikh | : | 1 Ogos 2024 |
Masa | : | Jam 9.00 am - 11.00 pm |
Tempat | : | Majlis Daerah Kinabatangan |
Peserta | : | 40 Orang |
Tujuan |
NADI diberikan amanah untuk menyampaikan inisiatif kerajaan iaitu SejaTi MADANI bersempena dengan program JIWA MADANI yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Kinabatangan dengan kerjasama UPPM DUN 58 Lamag |
Aktiviti |
Taklimat daripada wakil NADI berkenaan dengan program SejaTi MADANI. Penerangan daripada wakil JAPEN berkenaan dengan Komuniti MADANI |
|
Tarikh | : | 18 Julai 2024 |
Masa | : | Jam 9.00 am - 11.00 pm |
Tempat | : | NADI Kota Kinabatangan |
Peserta | : | 2 Orang |
Tujuan |
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar asas utama di dalam microsoft office iaitu menggunakan program MS Word. Pelajar yang terdiri daripada belia di ajar asas utama MS Word untuk kegunaan mereka di universiti atau kolej. |
Aktiviti |
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan menggunakan MS Word di mana pelajar akan di ajar cara - cara untuk menaip, memasukkan gambar ke dalam fail dan mengedit gambar yang telah dimasukkan. selain itu beberapa asas utama seperti mengubah saiz dan jenis font turut diajar di dalam kelas ini. |
|
Tarikh | : | 12 Julai 2024 |
Masa | : | Jam 9.00 am - 12.00 pm |
Tempat | : | NADI Kota Kinabatangan |
Peserta | : | 5 Orang |
Tujuan |
Program ini adalah satu program kumpulan carian kerja untuk belia melalui portal MyFuture Jobs. Antara objektif program ini adalah untuk membantu belia mendapatkan peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan minat mereka. Selain itu mereka juga diberikan panduan dan sokongan dalam pencarian kerja serta persediaan temuduga. |
Aktiviti |
Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi pendaftaran peserta di dalam portal MyFuture Jobs. Selain itu sesi taklimat kepada semua peserta yang terlibat berkenaan dengan program di atas. Peserta akan mendaftar dan memasukkan data - data berkaitan di dalam sistem tersebut. |
|
Tarikh | : | 17 Julai 2024 |
Masa | : | Jam 9.00 am - 12.00 pm |
Tempat | : | NADI Kota Kinabatangan |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Kelas ini dijalankan bertujuan untuk membantu belia yang ingin mengemaskini resume mereka. Selain itu kelas ini juga dapat sedikit sebanyak membantu belia dari segi persiapan sebelum dan semasa pencarian kerja |
Aktiviti |
Antara aktiviti yang dijalankan adalah memberikan taklimat mengenai cara - cara untuk membuat resume yang baik. Pelajar akan diberikan peluang untuk membuat resume sendiri dan akan di pantau oleh pengajar bagi memastikan hasil resume yang terbaik. |
Tarikh | : | 10 Julai 2024 |
Masa | : | Jam 9.00 am - 12.00 pm |
Tempat | : | NADI Kota Kinabatangan |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar asas utama di dalam microsoft office iaitu menggunakan program MS Excel. Pelajar yang mengikuti kelas ini diberikan pendedahan awal untuk kegunaan mereka membuat kertas kerja. Pelajar terdiri daripada pelajar sekolah menengah, lepasan sekolah menengah dan juga belia. |
Aktiviti |
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan menggunakan MS Excel di mana pelajar akan di ajar cara - cara untuk membuat table, membuat formula operasi secara automatik dan sebagainya. |
|