Belia Hari Ini Cermin Masa Depan Negara
Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku.
Kita boleh katakan bahawa apa yang dimaksudkan oleh beliau ini sebagai generasi muda yang merujuk kepada golongan belia kerana merekalah yang bakal mewarnai corak peradaban bangsa pada masa hadapan.
Nilai kepentingan belia kepada pembangunan negara dapat juga diperhatikan melalui cogankata-cogankata yang sering dikaitkan dengan golongan mereka seperti ‘Belia Tonggak Negara', ‘Belia Harapan Bangsa', ‘Belia Cemerlang dan Negara Gemilang', ‘Belia Hari Ini Pemimpin Hari Esok' dan sebagainya.
Sesungguhnya, tanggungjawab besar belia pada hari ini adalah untuk menjana pembangunan bangsa, negara dan agama. Pada usia muda ini jugalah dianggap sebagai tempoh waktu yang penting bagi tujuan pembentukan generasi pelapis kerana pada usia ini berlakunya pertumbuhan jasmani, pemikiran, akhlak serta bakat seseorang itu berada pada tahap yang sangat sesuai untuk menyerap sebarang pendekatan, pemikiran serta ilmu pengetahuan.
Maka tidak hairanlah, ada yang mengatakan pada peringkat ini, golongan belia berada dalam tahap paling baik untuk melakukan perancangan dan tindakan yang boleh membantu kemajuan dirinya dan juga ummah.
Program: Tenunan Corak Batik
http://pknkinabatangan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/belia-harapan-bangsa/27-belia-harapan-bangsa#sigFreeId3d16bb6aea
Anjuran : Kementerian Belia & Sukan Daerah Kinabatangan
Tarikh : 3hb-5hb Sept 2015
Tempat : Dewan Sri Lamag Kinabatangan
Penerangan Aktiviti
Inisaitif daripada Kementerian Belia & Sukan Daerah Kinabatangan untuk melahirkan usahawan belia dan beliawanis di masa akan datang berdasarkan kepada kemahiran-kemahiran dari segi kesenian & kraftangan. Belia dan beliawanis Kinabatangan merupakan harapan baru untuk menjana pendapatan keluarga dan negara. Justeru itu, belia dan beliawanis diajar cara-cara menenun dan mencorak batik yang diketuai oleh Encik Shopian Bin Nasir sebagai fasilitator program.