Kisah Kejayaan Elizabeth
Elizabeth merupakan seorang lagi belia yang mendapat bimbingan daripada Pusat Internet . Sebelum mendapat bimbingan daripada Pusat Internet beliau lansung tidak tahu menggunakan komputer. Dengan bimbingan daripada pusat internet kini beliau sudah tahu mengguna Komputer. Dan beliau dapat meluaskan lagi pengetahuan beliau tentang teknologi maklumat.
Dengan kemudahan internet beliau telah meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan tentang bidang yang di ceburi. Melalui internet beliau dapat menggunakan laman blog dan laman sosial seperti facebook. Melalui Pusat Internet beliau dapat mempelajari pelbagai ilmu seperti Microsoft word, excel dan power point.
Selain itu beliau dapat mempelajari cara pengguna blog dan laman sosial seperti facebook. Beliau turut diperkenalkan dengan pengunaan email untuk memudahkan beliau berurusan dengan mudah dan cepat. Dengan bantuan Pusat Internet Pekan Kinabatangan, kini beliau dapat mempelajari fungsi-fungsi asas seperti desktop publishing yang terdapat dalam komputer.
http://pknkinabatangan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/29-keusahawanan#sigFreeIdcd26af6b5b
Kisah Kejayaan Pn Minah Emba
Puan Minah Emba merupakan salah seorang lagi Usahwan yang mendapat bimbingan daripada PUSAT INTERNET . Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan berusia 39 tahun. Beliau merupakan salah seorang lagi usahawan yang berkecimpung dalam bidang sulaman corak riben. Beliau memulakan perniagaan dari rumah. Pada awal perniagaan beliau hanya menerima tempahan di kalangan jiran-jiran dan kenalan rapat sahaja. Dengan bantuan Pusat Internet Pekan Kinabatangan beliau dapat meluaskan lagi perniagaan beliau.
Dengan kemudahan internet beliau telah meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan tentang bidang yang di ceburi. Melalui internet beliau dapat menggunakan laman blog dan laman sosial seperti facebook sebagai medium komunikasi kepada orang lain terutamanya mereka yang berpotensi untuk membeli hasil tangan beliau iaitu sulaman corak riben. Selain itu beliau turut mempelajari pelbagai corak lagi menerusi laman youtube yang menayangkan video teknik sulaman corak riben. Dengan pengenalan Aplikasi Dashboard kepada beliau, ia dapat memudahkan lagi para usahawan seperti beliau, kerana dengan adanya aplikasi tersebut ia dapat memudahkan beliau memasarkan barangan beliau tanpa begerak ke sana ke mari.
http://pknkinabatangan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/29-keusahawanan#sigFreeId2f749ac8d8
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut hubungi facebook Minah embah inah
https://www.facebook.com/minahemba.inah?fref=ts
Kisah Kejayaan Adzmil Bin Datu Ugis
Butik Andaman Matahariku Encik Adzmil
Beliau merupakan usahawan muda yang baru berkecimpung dalam bidang ini yang memulakan perniagaan dari rumah pada pertengahan tahun 2013. Sebelum ini beliau bekerja dengan orang lain yang hanya mendapat upah RM 300 sebagai pembantu. Bagi beliau, walaupun baru menubuhkan perniagaan sendiri, tetapi dengan pengalaman yang sedia ada dan bantuan Pusat Internat bukanlah satu penghalang kepada beliau untuk berjaya.
Seawal bulan Disember 2013, beliau telah menerima banyak tempahan pelamin dengan pendapatan yang mencecah RM 7,000.00 pada bulan tersebut. Tempahan pelamin adalah bermusim kerana kebanyakkan pasangan pengantin di kampung ini mengadakan majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah/cuti umum.
Pada musim perayaan Tahun Baru Cina yang lepas, beliau telah menerima 1 tempahan pelamin yang bernilai RM 1,500.00. Tempahan pelamin semakin bertambah apabila beliau menerima 2 tempahan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung seawal bulan Mac ini. Dijangka dalam tempoh 6 bulan ini, pendapatan beliau akan mencapai RM 10,000.00.
Sehingga kini, beliau hanya mengupah 2 orang pekerja tetap untuk membantunya. Hasil daripada tempahan pelamin dan sewaan pakaian pengantin, beliau telah membuka/menyewa kedai butik pengantin & pelamin yang mula beroperasi sepenuhnya pada 10/02/2014 untuk memudahkan pelanggan yang berdekatan berurusniaga dengannya. Kini, pelanggan yang berminat boleh menempah pelamin secara online atau kunjungi premis perniagaan.
Perkara yang amat membanggakan ialah perniagaan beliau mula dikenali ramai yang rata-ratanya kenalan laman sosial Facebook. Beliau kini sedang dalam perancangan untuk menerima tempahan pelamin dari kawasan bandar yang berdekatan khususnya Sandakan bagi melebarkan lagi sayap perniagaannya menerusi tempahan online.
Facebook Andaman Matahariku Kerja-kerja pemasangan pelamin Butik Andaman Matahari ku
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut hubungi facebook andaman matahariku
Kisah Kejayaan Norfa'eza Binti Abd Aziz
BLOG Faeza's Bakery & Cake Cik Faeza bersama cake yang dihasilkan di Faeza's Bakery
Beliau merupakan salah seorang lagi usahawan muda yang baharu berkecimpung dalam bidang ini yang memulakan perniagaan dari rumah.Pada awal perniagaan beliau hanya menerima tempahan di kalangan jiran-jiran dan kenalan rapat sahaja. Dengan bantuan Pusat Internet beliau dapat meluaskan lagi perniagaan beliau.
Dengan kemudahan internet beliau telah meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan tentang bidang yang di ceburi. Melalui internet beliau dapat menggunakan laman blog dan laman sosial seperti facebook sebagai medium komunikasi kepada orang lain. Dengan internet beliau dengan mudah mendapat informasi yang terkini terutamanya yang melibatkan bidang perniagaan bakery.
Dengan bantuan Pusat Internet beliau dapat mempelajari resepi kek terkini untuk memenuhi citarasa permintaan pelanggan. Selain itu, beliau dapat berhubung dengan pelanggan melalui laman media sosial seperti facebook. Di samping itu, penggunaan laman blog memudahkan beliau untuk mempromosi kek yang telah dihasilkan. Pengunaan emel juga dapat membantu dalam urusniaga beliau.
Antara kek yang dihasilkan oleh Cik norfa'eza